Prosedur penukaran enjin – kelulusan JPJ dan PUSPAKOM

Kenderaan yang menukar enjin perlu memohon kelulusan dari JPJ Bahagian Kejuruteraan Automotif dan membuat pemeriksaaan di PUSPAKOM. Setelah enjin ditukar pemilik
wajib melaporkannya dimana mana cawangan JPJ dalam tempoh 7 hari selepas penukaran enjin selesai.

Jika enjin yang ditukar melebihi 20% daripada CC asal, kebenaran JPJ diperlukan sebelum melakukan pemeriksaan PUSPAKOM. Pemeriksaan PUSPAKOM perlu dilakukan dalam tempoh 3 bulan selepas kelulusan JPJ diperolehi.

Setelah Laporan pemeriksaan PUSPAKOM B2 akan dikeluarkan , pemilik perlu mengemukakan laporan tersebut kepada JPJ dan geran akan dikemas kini dengan
maklum enjin yang telah ditukarkan.

Pemilik yang tidak melaporkan kepada JPJ tentang penukaran enjin akan berhadapan risiko tidak mendapat perlindungan dari syarikat insuran
jika berlaku kemalangan.

Untuk penukaran kotak gear daripada transmisi manual ke automatik ataupun sebaliknyua, pemilik juga wajib melaporkan kepada JPJ dan melakukan pemeriksaan PUSPAKOM.

 

Whatapps Dapatkan Sebut Harga Takaful Kenderaan dan Cukai jalan Murah dan Pantas daripada kami

http://wassap.my/0183648683/insuranskereta

Penghantaran ke pintu rumah dalam masa 24 jam dikawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Prosedur penukaran enjin – kelulusan JPJ dan PUSPAKOM

One thought on “Prosedur penukaran enjin – kelulusan JPJ dan PUSPAKOM

  • September 17, 2019 at 5:41 pm
    Permalink

    kalau surat enjin yg kita tukar hilang bagaimana cara nya

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: