Kepentingan perlindungan critical illness / Sakit kritikal dan apa relevannya dengan kehilangan income

Sejak kebelakangan ini kesedaran tentang kepentingan hibah takaful amat menggalakan. Terima kasih kepada agent takaful yang bertungkus lumus untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hibah takaful. Perkataan hibah takaful terpampang dimana mana termasuk dimedia sosial.Disamping itu juga kesedaran masyarakat tentang medical card sangat berbeza berbanding 10-15 tahun yang lepas. Masyarakat menyedari tentang kepentingan kedua dua perlindungan ini sebagai perlindungan yang wajib ada bagi setiap keluarga.

 

Walaubagaimanapun perlindungan yang  penting seperti perlindungan critical illness jarang dipromosikan. Tahukah anda 94% masyarakat terutamanya bumiputera mempunyai perlindungan critical illness yang sangat rendah atau tiada lansung. Jadi apa pentingnya perlindungan critical illness ini.

Jadi biar saya terangkan dalam bentuk yang lebih ringkas untuk para pembaca lebih mudah hadam dan paham.

Medical card : tujuan untuk cover bil hospital , rawatan sebelum masuk hospital dan rawatan susulan

Hibah Takaful : tujuan untuk memberi perlindungan kepada waris jika pencari nafkah utama meninggal dunia

Critical illness : Tujuan untuk memberi perlindungan kepada pencara nafkah utama jika beliau menghidap critical illness dan tidak mampu bekerja.

 

Medical card dan hibah takaful tidak menanggung perbelanjaan keluarga , hutang kereta , hutang rumah dan kos perubatan diluar hospital. Anda tidak boleh gunakan medical card untuk buat pembelian di tesco. Anda juga tidak boleh tunjuk polisi hibah takaful untuk membuat pembayaran hutang dengan pihak bank. MRTT untuk loan rumah hanya akan menjelaskan baki tertunggak hutang rumah kepada bank jika pemilik meninggal dunia. Bagaimana pula jika pemilik mengidap kanser dan hilang pekerjaan. Siapa yang akan membayar hutang rumah kepada pihak bank?

 

Relevannya perlindungan sakit kritikal dengan kehilangan income adalah orang yang dilindungi akan menerima jumlah pampasan yang besar contohnya 5 tahun gaji jika disahkan menghidap sakit kritikal. Jadi dengan wang pampasan ini , beliau masih boleh membayar segala hutang piutang dan mengekalkan tahap lifestyle keluarga walaupun kehilangan pendapatan.

Pastikan perlindungan critical illness anda mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga sekurang kurangnya untuk 3 tahun gaji,.Perlindungan critical ilness adalah alat untuk menggantikan pendapatan anda disaat anda dan keluarga anda memerlukan.

 

Ingin tahu tentang perlindungan critical illness

http://wassap.my/60165426515/criticalillness

Kepentingan perlindungan critical illness / Sakit kritikal dan apa relevannya dengan kehilangan income

Leave a Reply

%d bloggers like this: