Faktor ekonomi alasan memilih insurans kereta third party

 

cropped-ws_Car_Crash_3D_1600x1200.jpg

 

Sebagai agent saya selalu mendengar keluh kesah pelanggan untuk mengurangkan premium Takaful atau insurans kenderaan dizaman yang serba mahal ini. Ada yang minta mengurankan sum covered sehingga jauh dibawah market value dan ada yang meminta dibuatkan insurans third party untuk menjimatkan premium yang perlu dibayar.Saya sering menasihatkan pelanggan jangan sesekali mengambil insurans third party untuk kenderaan yang agak baru.Hanya kerana ingin berjimat seratus dua anda telah meletakkan diri anda dalam risiko yang tinggi sepanjang tahun.

Apakah yang akan berlaku jika anda terbabit dalam kemalangan yang serius ?

Cuba bayangkan jika kenderaan anda terlibat dalam kemalangan dan total loss.

Katalah nilai kenderaan adalah RM 50.000 dan masih berhutang kepada bank, Siapa yang akan membayar  RM 50,000 kepada pihak bank untuk settlement?

Jika kenderaan anda masih boleh dibaiki dan nilai yang perlu dibayar kepada workshop adalah RM 15,000.00 siapa yang akan menyelesaikan bil tersebut?

syarikat Insuran dan Takaful tidak akan membayar satu sen pun jika anda menggunakan insurans third party.

Jadi walaupun ekonomi kita sekarang nyawa nyawa ikan , jangan sesekali cuba berjimat untuk insuran atau Takaful. Jangan letakkan diri anda dalam risiko yang tinggi hanya kerana hendak berjimat seratus dua.

 

Whatapps Dapatkan Sebut Harga Takaful Kenderaan dan Cukai jalan Murah dan Pantas daripada kami

http://wassap.my/0183648683/insuranskereta

Penghantaran ke pintu rumah dalam masa 24 jam dikawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Faktor ekonomi alasan memilih insurans kereta third party

Leave a Reply

%d bloggers like this: