Tips nak kahwin usia muda. Simpan duit bro !

Pagi petang bekerja, ada yang dari siang sampai malam bekerja untuk menampung kehidupan keluarga. Berapa gaji sebulan baru dikira cukup ya? Mak ayah suruh kahwin usia muda untuk murah rezeki, tapi takut tersepit je duit gaji lepas kahwin nanti ya??

Ada tak you all terasa macam ni? Ke nak kahwin pun pening sebab simpanan takde??

Haa jom cari kerja kedua. Haa jom tambah income dengan berniaga kecil-kecilan.

Adoi lepas beberapa bulan, kenapa masih sama je macam tersepit ya?

 

Itu sebab kena ada ilmu dalam merancang wang. Bagaimana nak cipta income tu ramai orang tahu dah. Anda ada pilihan sama ada untuk bekerja, bekerja sendiri atau berniaga? Ramai juga yang boleh buat duit dengan buat Grab dan buat kerja-kerja simple macam niaga dropship yang tak memerlukan modal besar. Ke nak juga tips lain macam mana nak buat duit?

Persoalan pertama, bagaimana anda berbelanja? Lifestyle macam Che’ Ta maaflah bukan semua orang mampu. Cubalah bersederhana dengan mengukur baju pada saiz badan sendiri. Ikot kemampuan ya bro and sis. Berbelanja ni berkait rapat dengan bagaimana kita kawal emosi kita. Jika seronok jer dan tak kisah merana meminjam keliling pinggang, boleh la layan nafsu membeli tu selalu. Kemudiankan impian beli kereta kalau bukan keutamaan. Kemudiankan beli iPhone kalau rasa tak mampu. Bukan jangan beli langsung. Kemudiankan jerr.

Next, Bagaimana anda uruskan tabungan anda? Haa menyimpanlah dalam beberapa tabung untuk masa depan yang gemilang. Bukan Tabung harapan Malaysia ya. hihihi. Menabung dalam Tabung haji, menabung dalam ASB atau menabung dalam pelbagai dana amanah yang wujud di Malaysia, pastikan islamik dan menguntungkan ! Mestilah nak untung kalau menabung. Biarkan berkepok-kepok dalam bank kalau tak nak keuntungan yang melampau.

 

Orang yang bebas kewangan, tidak merana dek hutang, mereka memulakan perancangan kewangan dengan ‘curi’ duit gaji 20% – 50% untuk tabung simpanan. Tak mampu sampai 50%, mulalah dengan ‘curi’ dan lelapkan mata dengan minimum 20% dari gaji. Kalau gaji Rm2,000, baru Rm400 sebulan ! Perumpamaan sikit-sikit lama-lama jadi bukit praktikal sangat praktikal ya. Nak kaya bukan boleh buat dalam sehari dua. Waktu kecik, kita bersunat hari ni, bukan esok terus kahwin. Cop,, kan lagi seronok jika dari sebelum sunat dah pandai simpan duit!

Pelbagaikan tabung anda. Tabung simpanan, tabung travel, tabung kecemasan, tabung masa depan dan pelbagaikan lagi. Seronok menabung ni orang yang dah buat je tahu. Sakit kepala duit takde ni boleh dielakkan. Ia bukan kerja sehari dua. Disiplin tu kira wajiblah.

 

Agak-agaknya seronok tak kalau dapat simpan duit sampai 50% dari gaji? Kalau nak tahu seronok ke tidak, you all kena buat. Pelbagai tips kami ada. E-mail kami untuk mendapatkan tips-tips percuma, nadiriskgroup@gmail.com .

 

Sekian!

 

Tips nak kahwin usia muda. Simpan duit bro !

Leave a Reply

%d bloggers like this: