Pinjaman Kereta
Jika anda gagal membayar bayaran bulanan sehingga 3 bulan berturut turut , bank akan membuat proses penarikan kereta. Apabila kereta anda ditarik
anda perlu membayar kos undang undang , kos penarikan dan penyimpanan kereta .
Pinjaman rumah
Kebiasaannya jika anda gagal membuat bayaran kepada bank selama 3 hingga 5 bulan berturut turut bank akan memulakan proses penyitaan rumah dan
boleh membawa kepada rumah anda dilelong. Penjamin anda akan bertanggungjawab untuk membayar kembali pinjaman ataupun disenarai hitam.
Jika anda meletakkan cagaran , cagaran anda akan dijual untuk membayar balik pinjaman anda.
Pinjaman kad kredit
Kegagalan membayar pinjaman kad kredit akan membuatkan pinjaman anda bertambah kerana kadar interest pinjaman kad kredit adalah tinggi. Jika tiada bayaran dibuat dalam tempoh yang lama
anda akan disenarai hitam oleh bank. Ini bermaksud anda tidak akan dapat membuat pinjaman daripada mana mana di Malaysia. Jalan terakhir adalah anda akan diisytiharkan sebagai bankrap jika
bayaran pinjaman masih gagal dibuat.