Teknik prospecting takaful keluarga

Prospecting adalah elemen yang paling penting didalam perniagaan takaful. Tanpa prospecting anda akan ketandusan prospect dan secara sendiri perniagaan anda akan mati. Jadi adalah amat penting untuk meletakkan target dan melakukan aktiviti yang diperlukan supaya bank prospect anda sentiasa penuh. 

Prospect terdiri daripada 3 kategori . 

  1. Hot prospect
  2. Warm prospect
  3. cold Prospect.

Hot prospect 

Hot prospect adalah orang yang dekat dengan ada. Mereka adalah dikalangan keluarga , kawan kawan dan kenalan yang anda masih berhubung.Selalunya hot prospect adalah calon pelanggan yang bersedia membantu anda dalam memulakan perniagaan. Didalam projek 100 , 100 orang hot prospect di perlukan untuk mendapatkan seramai mungkin pelanggan daripada kalangan hot prospect.

 

Warm prospect

Warm prospect adalah referral , kenalan , kawan kawan atau family kepada hot prospect. Anda boleh meminta contact warm prospect daripada hot prospect.tukarkan warm prospect ini kepada kawan kawan anda ( hot prospect). Jangan terburu buru terus membuat jualan kepada warm prospect. Visi kita adalah untuk mendapat seramai mungkin hot prospect didalam jangka masa yang panjang. Jika anda memberikan servis yang baik kepada pelanggan anda , mereka sendiri akan memperkenalkan anda kepada keluarga , kenalan dan kawan kawan mereka.

 

Cold prospect

Cold prospect merupakan inti pati didalam perniagaan takaful.Mereka adalah stranger yang anda tidak kenal dan anda mendekati mereka menggunakan beberapa teknik seperti direct approach , booth ataupun cold call.Dengan melakukan aktiviti ini leads dan prospects anda tidak akan putus dan perniagaan anda mudah untuk dikekalkan dan mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya.

 

Tukarkan semua prospect menjadi kawan.

Langkah yang penting siapa pun yang anda jumpa atau kenal , cuba rapat dengan mereka sebagai seorang kawan bukan sebagai seorang ejen.Anggap diri anda sebagai kawan mereka dan apa sahaja servis yang diberikan adalah atas dasar menolong seorang kawan yang lain. Konsep human touch ini adalah sangat penting didalam perniagaan takaful.Jika anda memberi servis dengan penuh kemanusiaan dan kasih sayang , anda akan diingati sehingga bila bila bukan sebagai sorang ejen tapi sebagai sorang kawan yang sangat membantu.

Teknik prospecting takaful keluarga

Leave a Reply

%d bloggers like this: