Takaful melindungi loan/Pinjaman rumah : MRTT VS Hibah Takaful (MLTT)

MRTT : Mortgage Reduced Term Takaful VS Hibah Takaful

Tahukah anda apabila anda membeli rumah anda sebenarnya tidak wajib pun mengambil MRTT atau MRTA yang ditawarkan oleh pihak bank. Pihak bank selalunya menawarkan produk ini disebabkan ingin melindungi kepentingan bank itu sendiri. MRTT selalunya dibayar lumpsum dalam jumlah yang agak tinggi. Contohnya loan 500,000 anda mungkin perlu membayar antara RM 20,000 ke RM 25,000  untuk coverage selama 25-30 tahun (ini hanya anggaran). Selalunya nilai yang perlu dibayar untuk MRTT akan dimasukkan terus kedalam loan.

Fungsi MRTT

Secara ringkah fungsi MRTT Syarikat takaful hanya cover nilai loan rumah mengikut tempoh yang dipersetujui. 

Contoh :

Ahmad beli rumah bernilai 1 juta ringgit. 

Loan /Pinjaman : 30 tahun

Jika ahmad meninggal dunia pada tahun ke 15, baki loan akan dibayar sepenuhnya oleh pihak syarikat takaful.

Soalan : Apa yang waris ahmad dapat? 

Jawapan : Rumah bernilai  1 juta ringgit.

 

Berbeza pula jika ahmad menggunakan hibah takaful untuk melindungi loan/pinjaman rumah.

Contoh: 

Ahmad beli rumah bernilai 1 juta ringgit. 

Loan /Pinjaman : 30 tahun

jika ahmad meninggal dunia pada tahun ke 15

Katakan baki loan yang masih tinggal adalah RM 500,000

Soalan : Apa yang waris Ahmad dapat?

Jawapan :Hibah Takaful : Wang tunai RM 500,000 dan juga rumah bernilai RM 1 juta ringgit.

 

Jika Ahmad sihat walafiat dan umur panjang sehingga habis tempoh loan/pinjaman , Ahmad dapat menikmati dana persaraan daripada simpanan/investment didalam plan hibah takaful.

Ada sesetengah plan hibah takaful yang memberikan extra 20% daripada nilai dana yang disimpan apabila mencapai umur matang. Tambahan simpanan berganda jika Ahmad menjalani cara hidup yang sihat.

Katakanlah Ahmad membuat caruman untuk hanya 10 tahun. Ahmad membeli rumah pada ketika beliau berumur 30 tahun. Pada umur 41 tahun ahmad sudah tidak perlu membuat caruman dan perlindungan untuk pinjaman rumah dan keluarga terus berjalan dan jika tiada apa apa berlaku ahmad dapat menikmati dana persaraan apa bila Ahmad bersara.

Kenapa kita perlu membayar puluhan ribu untuk MRTT. Apabila kita masukkan nilai sumbangan MRTT kedalam loan/pinjaman berapa banyak interest yang perlu dibayar dalam tempoh 30 tahun. Sedangkan jika kita gunakan hibah takaful kita dapat menikmati wang tunai didalam bentuk dana persaraan atau simpanan apabila selesai tempoh pinjaman/loan.

Noor Azam bin Md Zaki

http://wassap.my/60165426515

 

Takaful melindungi loan/Pinjaman rumah : MRTT VS Hibah Takaful (MLTT)

Leave a Reply

%d bloggers like this: