Review Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine – Malaysia

 

Mungkin banyak mesin pembancuh kopi yang menggunakan sistem pod Nescafe Dolce, akan tetapi piccolo merupakan mesin yang palin kecil dan compact.Picollo didalam bahasa Itali adalah kecil dan segala berkenaan mesin ini sangat kecil dan mudah dibawa dan mempunyai design yang menawan. Jumlah jenis minuman yang boleh dibuat dengan mesin Picollo Nescafe Dolce Gusto amat memberangsangkan. Buat masa ini terdapat lebih daripada 30 jenis pod yang boleh didapati
dan sebahagiannya hanya boleh dibeli secara online. Perisa termasuk espresso dan cappucino ( menggunakan pod susu yang digabungkan dengan kopi), minuman sejuk,decaf,ristretto,  chocholate panas dan juga teh.

Nescafe Dolce Gusto Piccolo – Design dan Features

Design yang kecil dan model boleh dikaitkan dengan model yang lebih besar seperti melodyIII , dengan bahagian atas yang melengkung yang merupakan tempat untuk meletak pod dan tuil kawalan. Butang kuasa/power agak tersorok disebelah tepi. Nescafe Dolce Gusto Piccolo adalah cukup kecil untuk diletakkan dibawah kabinet.Reka bentuknya yang slim membolehkan diletakkan dimana mana celah yang kecil dan berat (2.4kg) memudahkan ia dipindahkan dimana mana lokasi didalam rumah selagi
dekat dengan power point.

Mesin Dolce Gusto yang lain menggunakan sistem automatik yang menuang amaun air untuk setiap pod, berlainan dengan Nescafe Dolce Gusto Piccolo  dikendalikan menggunakan tuil kawalan. Ini bermaksud anda boleh menuang lebih atau kurang air mengikut selera anda.Terdapat panduan disetiap kotak pod yang menerangkan jumlah air yang perlu digunakan. Platform untuk cawan boleh ditetapkan menggunakan 3 tahap ketinggian yang berlainan untuk dipadankan dengan size cawan.

Nescafe Dolce Gusto Piccolo – bagaimana untuk menggunakannya

Selepas menggunakan beberapa tangki air untuk membersihkannya , ianya telah sedia untuk digunakan.Piccolo boleh digunakan terus hanya selepas beberapa minit dikeluarkan daripada kotak. Thermoblock akan menjadi panas dengan cepat , anda boleh melihat butang on-off bertukar warna dari merah kepada hijau. Tangki air agak kecil jadi digalakkan mengisinya menggunakan jug dan bukan terus daripada  paip air untuk mengelakkan limpahan.

Untuk membuat minuman , masukkan pod kedalam pod holder dan tekan kembali kedalam mesin.Mesin akan mengoyakkan pod didalam slot. Tuil kawalan adalah sangat mudah dengan hanya tolak ke kiri untuk air sejuk dan kekanan untuk air panas. Kembalikan tuil ketengah setelah air telah dituang.

Nescafe Dolce Gusto Piccolo – bagaimana dengan rasa kopi?

Rasa kopi penuh dengan flavour dengan panas yang cukup.Dolce Gusto pod susu menghasilkan cappucino dan lattes yang sangat
creamy.

Patutkah saya membeli Nescafe Dolce Gusto Piccolo?

Mesin ini merupakan mesin yang ideal kerana size yang kecil dan beratnya yang ringan. Ia mudah dibawa kemana mana. Pod yang mudah dibeli dan datang dengan berbagai perisa. Rasa kopi yang
enak memang sesuai untuk anda yang memerlukan kopi pada waktu pagi tetapi tidak mempunyai banyak masa untuk membuatnya. Kesimpulannya dengan harga yang mampu milik mesin ini memang
harus dimiliki oleh semua penggemar kopi.

Key Features

Review Price: £79.00

15-bar pump pressure

600ml water tank

H28.7 x W15.9 x D22cm

Dapat Nescafe Dolce Gusto Piccolo daripada LAZADA

W3Schools

 

Review Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine – Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: