Prosedur penukaran enjin – kelulusan JPJ dan PUSPAKOM

Kenderaan yang menukar enjin perlu memohon kelulusan dari JPJ Bahagian Kejuruteraan Automotif dan membuat pemeriksaaan di PUSPAKOM. Setelah enjin ditukar pemilik
wajib melaporkannya dimana mana cawangan JPJ dalam tempoh 7 hari selepas penukaran enjin selesai.

Jika enjin yang ditukar melebihi 20% daripada CC asal, kebenaran JPJ diperlukan sebelum melakukan pemeriksaan PUSPAKOM. Pemeriksaan PUSPAKOM perlu dilakukan dalam tempoh 3 bulan selepas kelulusan JPJ diperolehi.

Setelah Laporan pemeriksaan PUSPAKOM B2 akan dikeluarkan , pemilik perlu mengemukakan laporan tersebut kepada JPJ dan geran akan dikemas kini dengan
maklum enjin yang telah ditukarkan.

Pemilik yang tidak melaporkan kepada JPJ tentang penukaran enjin akan berhadapan risiko tidak mendapat perlindungan dari syarikat insuran
jika berlaku kemalangan.

Untuk penukaran kotak gear daripada transmisi manual ke automatik ataupun sebaliknyua, pemilik juga wajib melaporkan kepada JPJ dan melakukan pemeriksaan PUSPAKOM.

Prosedur penukaran enjin – kelulusan JPJ dan PUSPAKOM

Leave a Reply

%d bloggers like this: