Perlindungan insuran motor fleet adalah untuk syarikat yang mempunyai kenderaan yang banyak. Tujuan perlindungan insuran motor fleet adalah untuk memudahkan
pengurusan perlindungan insuran/takaful kenderaan syarikat.Pengeluarkan insuran/takaful kenderaan secara invidu adalah menyusahkan jika melibatkan
jumlah kenderaan yang banyak.
Dengan perlindungan insuran motor fleet kenderaan syarikat akan dilindungi untuk tempoh perlindungan yang sama dan satu sijil master akan dikeluarkan
untuk tujuan pengeluaran road tax ( cukai jalan)
Sebagai contoh jika syarikat anda mempunyai 100 buah kenderaan pelbagai jenis. Satu sijil master akan dikeluarkan untuk tempoh perlindungan yang sama.
contoh dari 1/1/2016 ke 31/12/2016. Sijil master dikeluarkan untuk digunakan ketika menghidupkan cukai jalan ( road tax).  Melalui kaedah ini cukai jalan ( road tax) dapat dihidupkan hanya dengan
menggunakan no sijil master. Satu no sijil untuk kesemua kenderaan dibawah perlindungan motor fleet.
Insuranskereta.my mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan perlindungan insuran motor fleet. Kami bersedia memberi konsultasi kepada syarikat yang berminat untuk memudahkan
pengurusan perlindungan insuran kenderaan mereka.