Perbezaan antara Takaful dan Insurans dalam konteks yang mudah

Insurans

Insurans mengenakan bayaran premium kepada pembeli insurans , Keseluruhan bayaran akan pergi kepada syarikat insurans. Risiko akan dipindahkan

daripada pembeli kepada syarikat Insurans ( penjual) . Hukum bagi umat islam menggunakan insurans adalah haram kerana terdapat unsur gharar , maisir dan riba

 

Gharar ( ketidak tentuan) 

Apabila pembeli membeli insurans , pampasan hanya akan diberikan jika berlaku musibah . Jika tidak ada apa apa yang berlaku

wang yang dibayar akan dikira hangus.

 

Maisir ( Judi) 

Apabila pembeli membeli insurans seperti memperjudikan nasib, Jika berlaku musibah maka pampasan yang besar kepada pembeli ( untung) dan jika tiada musibah maka tiada pampasan , duit hangus ( rugi)

 

Riba 

Didalam kontrak jual beli , Nilai wang yang dibayar mesti bersama dengan barang yang diterima. Didalam konteks insurans pembeli hanya membayar amaun yang kecil akan tetapi wang pampasan yang dibayar beratus kali ganda jika berlaku

musibah. Ini dianggap riba didalam islam.

 

Takaful 

Takaful pula menggunakan konsep derma , Jika musibah terjadi kesemua ahli yang menderma akan membantu peserta yang terkena musibah.

Wang yang dibayar bukan milik syarikat Takaful tetapi akan dimasukkan kedalam satu tabung yang akan digunakan jika peserta menerima musibah.

Syarikat Takaful hanya mengambil sebahagian kecil sebagai yuran pengurusan. Kontrak yang berasaskan derma ini sekaligus membebaskan Takaful daripada unsur Gharar , Riba dan Maisir.

 

Jika anda ingin melindungi keluarga , harta benda sila pahami mengapa sebagai umat islam kita perlu menggunakan Takaful. Perlindungan kenderaan yang wajib diambil saban tahun adakah kita menggunakan Takaful atau insurans. Jika kita menggunakan insurans hukumnya adalah haram dan bagaimana perjalanan kita menggunakan kenderaan hendak diberkati jika menggunakan produk yang haram.

Perbezaan antara Takaful dan Insurans dalam konteks yang mudah

Leave a Reply

%d bloggers like this: