Perbezaan antara MRTT VS MLTT perbandingan secara mudah.

MRTT jika diterjemahkan bermaksud mortgage reducing term takaful jika insurans konvensional mortgage reducing
term assurance MRTA.

MLTT bermaksud mortgage level term takaful.

Perbezaan antara MRTT dan MLTT secara ringkasnya adalah seperti berikut.

Ciri ciri

Harga Premium

Cara Bayaran

Pembiayaan bank

Tujuan Polisi

Pindah milik

Perlindungan

Penama

Refinancing

Tuntutan

MRTT 

rendah

sekali gus

ada

Perlindungan nilai rumah sahaja

tidak boleh dipindah milik

baki hutang bank

bank

policy terbatal

Syarikat takaful bayar baki hutang dan waris mendapat rumah

MLTT 

tinggi

bulanan,suku tahunan,setengah tahunan,tahunan

tiada

perlindungan tetap + nilai tunai

boleh dipindah milik

berdasarkan nilai perlindungan hibah takafu

sesiapa sahaja , penerima hibah 

policy tidak terbatal

Syarikat bayar nilai perlindungan kepada penerima hibah, penerima hibah langsaikan hutang dan baki boleh digunakan oleh penerima hibah.

setiap produk ada kelebihan dan kelemahan masing. Memang tidak dinafikan yang MRTT harga sumbangan MRTT adalah lebih rendah berbanding MLTT. MRTT selalunya diuruskan oleh pihak bank dengan bayaran sekali gus ataupun dimasukkan sekali kedalam loan.

MLTT pula boleh dibayar secara bulanan, suku tahunan , separa tahunan atau tahunan.

MRTT hanya melindungi nilai loan. tujuan utama adalah melindungi pihak bank apabila sipembayar meninggal dunia. Waris akan dapat rumah dan pihak bank akan dapat penyelesaian baki hutang.

MLTT pula melindungi hutang kepada bank dan juga melindungi keluarga simati.Syarikat takaful akan membayar keseluruhan nilai perlindungan dan waris akan melunaskan baki hutang dan selebihnya boleh digunakan oleh waris untuk meneruskan  kehidupan

Untuk polisi MRTT penama dan pemegang polisi adalah pihak bank manakala bagi MRTT pemilik polisi adalah pemilik rumah dan berhak untuk meletakkan sesiap sahaja sebagai penerima hibah.Pemilik polisi
MLTT boleh juga meletakkan syarikat trustee seperti As-Salihin Trustee sebagai penama dan pemegang amanah.

Setiap polisi MRTT hanya boleh digunakan untuk satu pembiayaan. Jika pemilik melakukan refinancing maka polisi MRTT akan terbatal dan polisi baru perlu
diambil.

Berlainan pula dengan MLTT satu polisi MLTT boleh digunakan untuk beberapa pembiayaan. Polisi tidak terbatal jika pemilik membuat refinancing.

Kesimpulannya MLTT sesuai digunakan untuk rumah pelaburan kerana satu polisi boleh digunakan untuk beberapa pembiayaan. Manakala MRTT sesuai digunakan jika pemilik hanya ingin memilik sebuah rumah untuk dijadikan kediaman.

 

Whatapps untuk penerangan lanjut tentang

http://wassap.my/60165426515/mltt

Perbezaan antara MRTT VS MLTT perbandingan secara mudah.

Leave a Reply

%d bloggers like this: