Perbezaan antara Agreed Value dan Market Value untuk insuran/takaful kereta

Perbezaan antara Agreed Value dan Market Value

Perbezaan antara agreend vlaue dan market value adalah sangat jelas. Mungkin kita agak keliru antara keduanya tapi adalah amat penting untuk kita paham inti pati perjanjian untuk agreed value dan market value. Selalunya didalam sistem syarikat insuran atau takaful akan mencadangkan nilai kenderaan berdasarkan agreed value. Jika berlaku kemalangan syarikat insuran/takaful akan membayar sepenuhnya nilai agreed value seperti yang tertulis didalam polisi.

Jadi apakah perbezaan antara Agreed Value dan Market Value?

Agreed Value

Jika kenderaan anda dilindungi berdasarkan nilai agreed value RM 90,000.00. Jika berlaku kemalangan ( total loss atau kecurian) Syarikat Insuran/Takaful akan membayar penuh sebanyak 80,000.00 seperti dinyatakan didalam polisi.

 

Market value

Jika kenderaan anda dilindungi berdasarkan nilai market value RM 50,000.00. Anda mengambil polisi pada bulan januari dan kemalangan berlaku pada bulan oktober sebagai contoh. Kenderaan akan dinilai berdasarkan nilai semasa. Jika nilai kenderaan pada bulan oktober adalah RM 40,000.00 maka hanya RM 40,000.00 akan dibayar oleh syarikat insurans untuk kemalangan ( total loss atau kecurian)

 

Kesimpulannya setiap kali anda ingin membeli insuran/takaful daripada agent sila pastikan yang kenderaan anda dilindungi berdasarkan nilai agreed value. Anda tidak mahu mengeluarkan duit sendiri jika settlement kepada bank tidak mencukup untuk kemalangan total loss.

Perbezaan antara Agreed Value dan Market Value untuk insuran/takaful kereta

Leave a Reply

%d bloggers like this: