Penting Insurans Kebakaran atau Takaful Kebakaran!

Ramai pemilik perniagaan semakin ada kesedaran tentang kepentingan Insurans atau takaful untuk kabakaran. Sememangnya musibah kedai atau premis terbakar, kilang terbakar adalah berita yang jarang-jarang kita lihat keluar surat khabar. Sudah tentu kerana musibah ini pun memang jarang berlaku. Namun pemilik perniagaan ramai yang sedar akan impak kewangan yang bakal terjadi sekiranya perkara tidak dingini ini berlaku dalam keadaan bangunan mereka tiada perlindungan takaful.

 

Persoalan penting, apakah intipati perlindungan takaful ini? Ramai lagi masih keliru dengan manfaat yang ada dalam polisi atau sijil takaful kebakaran. Apakah kehilangan nyawa turut akan dapat pampasan sekiranya mereka memiliki perlindungan takaful kebakaran? Apa liabiliti pemilik bangunan sekiranya bangunan yang terbakar itu telah menyebabkan kerosakan kepada harta benda lain yang bukan miliknya?

Persoalan seterusnya, siapakah yang bertanggungjawab untuk membeli polisi atau menyertai perlindungan takaful ini? Sepanjang pengalaman kami menguruskan pelbagai kes pemilik perniagaan, rata-rata mereka masih menyerahkan bulat-bulat perihal membeli polisi ini kepada pihak bank yang menguruskan pembiayaan pinjaman bangunan tersebut. Suka diingatkan bank tidak secara langsung menguruskan hal insurans ini terutama apabila berlaku tuntutan. Pihak pelanggan atau peserta takaful perlu berjumpa perunding Takaful Am untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Untuk pengetahuan umum, polisi insurans kebakaran atau sijil takaful kebakaran secara asasnya hanya memberi pampasan untuk membina atau membaiki semula bangunan yang dilindungi akibat kerosakan yang telah berpunca dari kebakaran sahaja. Ya, saya ulang, kerosakan yang berpunca dari kebakaran sahaja. Ia boleh jadi kerana litar pintas, kebakaran domestik atau sebab disambar petir. Ini asasnya. Tidak melindungi banjir, angin ribut atau gempa bumi apatah lagi kehilangan nyawa.

Namun, polisi kebakaran atau takaful kebakaran ini boleh juga melindungi beberapa bencana lain dengan caj-caj tambahan. Contoh bencana lain yang boleh dilindungi adalah banjir, angin ribut, gempa bumi, kerosakan akibat kapal terbang terhempas, kerosakan impak kerana dilanggar kereta, kebakaran lalang, kerosakan bangunan akibat paip pecah atau tangki air pecah dan juga kerosakan akibat rusuhan atau niat jahat.

Mahal ke jika caj-caj ini ditambah? Industri insurans dan takaful di Malaysia telah sekian lama menggunakan taarif untuk insurans kebakaran yang sama. Mahal atau tidak bergantung kepada apa yang dilindungi dan berapa nilai yang dilindungi.

Kedua-dua pemilik bangunan dan juga penyewa bertanggungjawab untuk mengetahui polisi insurans yang melindungi aset atau bangunan mereka. Adalah merupakan tanggungjawab pemilik bangunan untuk memastikan bangunan mereka mempunyai perlindungan insurans kebakaran. Namun penyewa juga perlu sedar bahawa segala ubah suai dalaman, perabot dan lain-lain harta benda di dalam bangunan juga perlu dilindungi. Makanya, mereka perlu membeli insurans atau menyertai takaful ini secara berasingan. Ya ada 2 polisi yang dimiliki oleh orang yang berbeza. Pemilik dan penyewa.

“whatsapp kami, www.wasap.my/60176382890 untuk ketahui lebih terperinci berkenaan perkara ini.”

Polisi insurans kebakaran biasanya tidak ‘stand-alone’. Ramai pemilik perniagaan turut memilih untuk memiliki polisi insurans lain seperti polisi insurans kecurian, insurans wang, liabiliti awam dan kemalangan peribadi untuk memastikan impak kewangan dapat dikurangkan dengan menguruskan pelbagai risiko berkenaan perniagaan ini.

Kami turut mengadakan perkhidmatan perundingan berkaitan semua perkara berkenaan insurans dan takaful. Mudah-mudahan coretan ini mampu memberi sedikit idea berkenaan kepentingan takaful kebakaran kepada masyarakat umum. Sekian.

Terima kasih membaca.

 

 

 

Penting Insurans Kebakaran atau Takaful Kebakaran!

Leave a Reply

%d bloggers like this: