Panduan dan prosedur menjual kereta di Malaysia

beli kereta second hand

 

Terdapat berbagai cara untuk menjual kereta . Anda boleh menjual kereta menggunakan Pengedar , agent ataupun menjual sendiri.

 

Pengedar kenderaan terpakai

Cara paling senang adalah menggunakan dealer. Selalunya dealer akan membeli kereta anda walaupun kereta anda tidak berada didalam keadaan yang baik. Anda perlu paham tentang harga semasa kereta anda. Selalunya dealer akan cuba meletakkan harga serendah yang mungkin supaya mereka dapat keuntungan yang tinggi apabila menjual balik kereta anda. Tektik biasa adalah dengan memberi harga yang tinggi pada mulanya tapi apabila mereka memerika kereta anda harga akan diturun dengan berbagai alasan.

Agent 

Agent selalunya adalah individu yang mahir tentang penjualan kereta  dan tidak terikat kepada pengedar. Harga yang ditawarkan selalunya lebih baik berbanding harga yang ditawarkan oleh pengedar. Selalunya anda perlu meninggalkan kereta anda kepada agent selama mereka cuba menjual kereta anda. Pastikan yang agent yang digunakan boleh dipercayai kerana banyak cara penipuan boleh berlaku didalam proses penjualan kereta.

 

Jual sendiri 

Terdapat beberapa langkah yang anda perlu lakukan jika anda ingin menjual sendiri kereta anda.

 

Iklan

Buat iklan yang menarik  untuk dipaparkan online ataupun di surat akhbar. Pastikan gambar yang digunakan menarik dan butiran tentang kereta lengkap dan jelas. Laman web untuk penjualan kereta yang selalu digunakan di Malaysia adalah seperti htto://mudah.my , bayar sedikit wang untuk bumbing atau boost iklan anda untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapat pembeli.

 

Pastikan harga yang betul

Terdapat berbagai laman web yang dapat membantu anda menentukan harga pasaran bagi kereta anda. Laman web seperti  Carlist.myMotor Trader dan oto.my adalah sangat berguna untuk anda menentukan harga yang betul bagi kenderaan anda.

Buat pelaburan dalam membaik pulih kenderaan

Cuna pastikan kenderaan anda sedap dipandang i. Perkara kecil seperti masalah power window, kemek dan calar seharus dibaiki terlebih dahulu sebelum dahulu sebelum ditunjukkan kepada pembeli. Wax kereta anda supaya kelihatan lebih menarik dimata pembeli.Cinta selalu datang dari mata baru turun ke hati. Kalau mata pun sakit mungkin pembeli pun akan lari.

 

Tawar menawar

Secara lumrahnya pembeli akan sentiasa meminta diskaun. Cuba pastikan yang pembeli anda membeli dengan tunai ataupun menggunakan pinjaman bank. Pembeli tunai adalah lebih baik kerana proses lebih mudah , cepat dan tidak leceh. Anda mungkin boleh memberi diskaun untuk pembeli tunai.Jika kedua dua pihak setuju dengan harga yang ditawarkan  , minta deposit daripada pembeli. Jumlah deposit adalah terpulang kepada anda tapi pastikan deposit tidak terlalu tinggi. Anda mungkin tidak mahu menakutkan pembeli anda.

 

Pemeriksaan PUSPAKOM

Sebelum melakukan proses penukaran hak milik , pemeriksaan puspakom adalah perlu. harga servis pemeriksaan PUSPAKOM adalam RM 30 , tambahan RM 60 diperlukan jika pembeli menggunakan pinjaman bank untuk pembelian.Setelah selesai PUSPAKOM akan memberikan sijil yang mengesahkan yang kenderaan anda layak untuk dipindah milik.Selepas itu anda boleh memeriksa saman yang didaftar diatas kereta anda. Anda boleh memeriksa saman anda di laman web dibawah

Saman JPJ : http://www.jpj.gov.my/en/pertanyaan-saman-notis

Saman PDRM : https://www.rilek.com.my/rilek/users/login

 

Pindah Milik

Ini merupakan langkah terakhir dalam proses penjualan kereta. Sekarang pembeli boleh memindahkan baki wang terus ke akaun anda. Anda perlu pergi ke JPJ bersama pembeli dan jangan lupa bawa geran dan IC. Pembeli perlu membeli insuran sebelum pergi ke JPJ untuk proses pertukaran hak milik.Jika pembeli menggunakan pinjaman , nilai lindungan perlu 90% daripada harga jualan.Pembeli dan penjual perlu mengisi beberapa borang dan pembeli perlu membayar RM 100 untuk yuran pemindahan nama. Setelah proses ini tahniah anda telah berjaya menjual kereta anda.

 

 

 

Panduan dan prosedur menjual kereta di Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: