Panduan lengkap untuk memohon menjadi agent takaful

Setiap perniagaan memerlukan komitmen dan perancangan yang teliti untuk berjaya. Begitu juga dengan perniagaan Takaful keluarga. Berikut adalah panduan bagaimana
untuk anda memulakan perniagaan takaful anda sendiri.

Perniagaan Takaful tidak seperti perniagaan lain dimana anda perlu memulakan daripada mula tanpa sebarang bantuan. Memulakan perniagaan takaful anda akan dibantu oleh agency yang kebiasaaannya diketuai oleh agency manager dan anda akan ditempatkan dibawah unit manager.

Tidak seperti perniagaan lain , perniagaan takaful dipantau secara serius oleh Bank Negara. Jadi untuk memulakan perniagaan anda perlu memenuhi kriteria
yang ditetapkan oleh bank negara.

Langkah 1 :

Anda perlu memilih syarikat takaful yang anda ingin wakili dan daripada situ anda boleh memilih agency mana yang anda rasakan dapat membantu anda berjaya
didalam perniagaan takaful.

Langkah 2 :

Agency kebiasaannya akan menguruskan peperiksaan yang perlu diambil untuk melayakkan anda bergelar seorang agent takaful.peperiksaan yang perlu diambil adalah TBE ( Takaful Basic Examination)

Langkah 3 :

Setelah lulus anda akan mendapat agent code untuk memulakan perniagaan takaful. Anda perlu mengikuti struktur atau sistem yang ditetapkan oleh agency anda. Kebiasaannya agency akan memulakan dengan project 100 dimana anda perlu membuat senarai 100 orang kenalan rapat dan keluarga untuk anda hubungi. Selepas itu aktiviti seperti phone call , booth dan direct approach juga mungkin anda perlu ikuti bergantung kepada struktur perniagaan agency terbabit.

Jadi nasihat saya anda perlu memilih agency yang dapat memberikan anda sokongan dari segi struktur dan sistem supaya anda tidak bertemu dengan jalan buntu ketika membuat perniagaan ini.

 

Whatapps : 0132051675

Panduan lengkap untuk memohon menjadi agent takaful

Leave a Reply

%d bloggers like this: