MRTT bukan Takaful Kebakaran untuk rumah

 

Semalam dapat pelbagai persoalan dari seorang hamba Allah yang dalam proses membeli rumah. Bertubi-tubi soalan ditanya oleh beliau dan antara yang menarik berkenaan persoalan apakah sebenarnya manfaat perlindungan MRTT atau nama panjangnya Mortgage Reducing Term Takaful. 

 

Saya baca dia ada agak keliru bagaimana produk MRTT ni berfungsi. Apa pula perbezaannya dengan takaful kebakaran?

 

MRTT ini adalah perlindungan takaful yang menjamin pelangsaian baki hutang kita kepada sebagai peminjam yang membuat loan rumah. Pampasan kepada bank akan diberikan sekiranya kita meninggal dunia atau hilang upaya kekal menyeluruh.

 

Ya, memang nilai perlindungannya menyusut dari awal tempoh pinjaman sehingga habis tempoh MRTT tersebut. Tidak semestinya sehingga tamat tempoh pinjaman tersebut. Sebagai contoh umur peminjam loan dah atas 40 tahun, dan bank mampu mendapatkan MRTT yang hanya bertempoh 5 tahun dari pihak syarikat takaful sedangkan tempoh loan mungkin 35 tahun.

 

Ini contoh situasi bahaya bagi mereka yang mengerti. Masakan tidak, apa jadi selepas 5 tahun tempoh pinjaman?

 

Sebenarnya mereka ada pilihan untuk menyertai pakej takaful individu yang memberi pampasan meninggal dan hilang upaya kekal menyeluruh dari pelbagai syarikat takaful yang ada untuk memastikan keadaan hutang mereka lebih selamat. Jangan meninggal dunia tinggalkan hutang ya kawan ! Apa yang anda perlu buat adalah minta syarikat takaful buat Penyerahan Hak Mutlak kepada bank segala pampasan kematian yang ada sebelum menyerahkan bakinya kepada waris. Ini adalah konsep popular hari ini yang dipanggil MLTT atau Mortgage Leveraging Term Takaful.

Tuan emailkan persoalan atau pertanyaan berkaitan hal ini kepada kami sekiranya ada, haidi_mhg@riskconsultancy.com.my .

 

Apakah pula Takaful kebakaran untuk rumah?

Takaful kebakaran untuk rumah dikenali sebagai Houseowner takaful. Ia melindungi struktur rumah yang rosak akibat kebakaran, banjir, angin ribut, kecurian, gempa bumi, atau kerosakan impak pelanggaran.

Houseowner takaful biasanya diberi pilihan untuk digandingkan dengan householder takaful yang melindungi segala isi rumah.

 

Jadi jangan anggap bila dah ada houseowner takaful, semua harta benda dah ada perlindungan takaful ya. Barang perabot yang dicuri tiada gantinya jika tidak ambil householder takaful.

 

Whatsapp kami www.wasap.my/60176382890 jika ingin ketahui lebih lanjut berkenaan perlindungan takaful ini.

 

Kesimpulannya MRTT dan Takaful kebakaran untuk rumah yang dikenali sebagai Houseowner takaful adalah dua perkara berbeza ya . Jangan keliru lagi.

 

Terima kasih membaca.

 

Sekian dari admin Nadi Risk Group Sdn Bhd.

MRTT bukan Takaful Kebakaran untuk rumah

Leave a Reply

%d bloggers like this: