Membuat simpanan dengan cara yang efektif

tabung

Adakah anda mempunyai masalah membuat simpanan setiap kali hujung bulan . Gaji anda tidak mencukupi atau mungkin anda tidak membuat perancangan simpanan yang baik.

Perkara pertama dan wajib yang perlu anda lakukan adalah simpan dulu baru belanja. Pada hari perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membuat simpanan.

Dimana saya harus simpan?

Jangan simpan diakaun bank anda .

Jangan simpan didalam almari anda

Simpan ditempat yang senang masuk tapi susuah keluar. Cadangan saya adalah ASB. Deposit ke ASB adalah amat mudah melalui maybank2u akan tetapi untuk mengeluarkan wang dari ASB anda perlu ke bank panel ASB dan tunggu giliran untuk membuat pengeluaran. Ini bagus untuk mengurankan motivasi anda untuk mengeluarkan wang simpanan kecuali keadaan mendesak.

Dividen yang diterima di ASB juga adalah tinggi sehingga mencecah 8% setahun. Jadi kenapa perlu kita simpan wang kita di akaun bank.

Anda perlu meletakkan target berapa banyak yang anda hendak simpan.Contohnya RM 20,000

Sebab kenapa anda hendak simpan. Contohnya Kahwin.

Setiap bulan berapa yang anda hendak simpan contohnya RM 500.00 sebulan.

Berapa lama anda perlu simpan RM 20,000/500.00 bersamaan dengan 40 bulan. ini bersamaan 

dengan 3 tahun 4 bulan.

Pada hari gaji pindahkan wang sebanyak RM 500.00 ke akaun ASB sebelum anda membuat pembayaran loan bill dan sebagainya. Anggap RM 500.00 yang anda simpan itu tidak wujud .

Amalkan perkara ini setiap bulan saya pasti anda akan lihat perubahan positif kepada simpanan anda.

Membuat simpanan dengan cara yang efektif

Leave a Reply

%d bloggers like this: