Kos premium Insuran kesihatan ( Medical Card) mungkin akan menjadi lebih mahal

 

Syarikat Insuran dan Takaful di Malaysia bersedia untuk kemungkinan kadar premium meningkat dari 12% hingga 15% setahun. Ini disebabkan peningkatan permintaan untuk industri kesihatan dan meningkatnya penyakit kronik yang disebabkan amalan hidup yang kurang sihat seperti kencing manis dan kegemukan.

Menurut tiga persatuan insurans – Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia – kadar premium sebenarnya meningkat sebanyak purata 12% setahun berikutan inflasi yang tinggi dalam kos penjagaan kesihatan. Kemajuan teknologi dalam penjagaan kesihatan dan peningkatan kos ubatan dan rawatan turut mememainkan peranan dalam kenaikan kadar premium.

Persatuan insurans mencadangkan supaya kerajaan mengawal dan menyiarkan kepada awam tentang harga cadangan bagi ubat ubatan dan alatan kesihatan ( contoh seperti stent dan implant).

Pada masa ini bayaran hospital seperti bayaran untuk penginapan hospital, makmal, kos servis jururawat, penggunaan peralatan dan bilik operasi dan ubat, tidak dikawalselia. Inilah sebabnya mengapa syarikat insurans dan pengendali takaful mencadangkan hospital untuk memaklumkan kepada pengguna bahawa bil yang lebih terperinci boleh diberikan diatas permintaan pengguna, yang membolehkan penjejakan kos rawatan dan ubat-ubatan yang disediakan.

Source]

Kos premium Insuran kesihatan ( Medical Card) mungkin akan menjadi lebih mahal

Leave a Reply

%d bloggers like this: