Konsep hibah takaful dalam melindungi pinjaman

 

Hibah takaful boleh digunakan didalam berbagai situasi. Ia boleh digunakan untuk melindungi pendapatan keluarga , infaq dan juga boleh digunakan untuk melindungi liabiliti.

Sebahagian besar orang mempunyai liabiliti yang biasa seperti kereta, personal loan dan juga kad kredit.Liabiliti ini merupakan hutang yang perlu dibayar oleh pihak keluarga walaupun si pembuat hutang telah meninggal upaya atau hilang upaya kekal. Sebagai seorang islam hutang si mati wajib dibayar walau apa pon keadaaannya.

Banyak kes yang terjadi apabila kereta ditarik , hutang simati terpaksa ditanggung sepenuhnya
oleh waris si mati.

Perkara yang paling mudah adalah dengan menggunakan hibah untuk melindungi pinjaman. Jumlahkah keseluruhan pinjaman dan gunakan term takaful yang hanya melindungi untuk tempoh waktu tertentu. sebagai contoh tempoh untuk personal loan adalah antara 5 ke 10 tahun dan tempoh loan untuk kereta antara 5,7 dan 10 tahun.

Ambil hibah untuk tempoh 10 atau 20 tahun untuk melindungi kesemua jumlah pinjaman.Gunakan absoloute assignment dimana hutang akan dibayar terus kepada institusi kewangan. Selepas hutang dibayar lebihan dari jumlah hibah akan dibayar kepada waris.

Sebagai contoh jika pemilik kereta bernilai 100,000 dengan loan selama 9 tahun mengambil hibah takaful dengan nilai perlindungan RM 200,000 untuk tempoh 9 tahun. Jika berlaku kematian kepada pemilik kereta pada tahun ke 5.keseluruhan hutang akan diselesaikan oleh pihak takaful dan wang selebihnya daripada jumlan 200,000 akan diberikan kepada waris.

Jadi hibah ini telah digunakan untuk melangsaikan keseluruhan hutang simati dan juga memberi waris wang hibah
untuk meneruskan kehidupan.

Hubungi http://wassap.my/0165426515  untuk penerangan lanjut.

Konsep hibah takaful dalam melindungi pinjaman

Leave a Reply

%d bloggers like this: