Hukum Insurans konvensional itu adalah haram di sisi Islam.

Hukum untuk semua insurans konvensional samada insuran nyawa ataupun
am adalah haram. Merujuk kepada kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia ( MJFK) telah memutuskan hukum berkenaan status insurans konvensional.

Hukum insurans nyawa

Telah termaktub didalam persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Malaysia yang
ke 16 yang bersidang pada 15-16 Fen 1979 telah membincangkan perkara tentang insurans kovensional.
Persidangan telah memutuskan bahawa insurans nyawa yang dikendalikan oleh syarikat insuran adalah
haram dan sebagai satu muamalah fasad kerana aqadnya yang tidak sesuai dengan prinsip islam.

1. Ia mengandungi Gharar ( tidak ketentuan)
2. Ia mengandungi usur Judi
3. Ia mengandungi unsur riba

Hukum insurans am

persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Malaysia yang
ke 80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan berkenaan hukum insurans am dan telah
memutuskan bahawa hukum keatas insurans konvensional am adalah tidak diharuskan oleh islam.

 

Hukum mepromosi produk insurans konvensional.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan hukum mempromosi produk insurans konvensional didalam perspektif syariah.Muzakaran telah memutuskan orang islam dilarang mempromosi produk insuran konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Muzakarah juga berpendapat sistem takaful yang berlandaskan syariah yang pesat berkembang perlu mendapat sokongan umat islam dalam memertabatkan sistem muamalat islam.

 

Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT. [1] Rasulullah SAW bersabda;

وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2] رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن

Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).

Adalah agak pelik umat islam di Malaysia terutamanya sangat menjaga status makanan halal dan haram akan tetapi tidak bertindak sedemikian jika berkenaan dengan hal ehwal perlindungan.  Berapa banyak kenderaan , harta benda dan nyawa orang islam yang dilindungi syarikat insurans konvensional. Berapa ramai dikalangan umat islam yang mempromosi produk insurans konvensional tanpa segan silu dikhalayak ramai. Tahukah hukum bersekongkol dengan riba adalah amat berat di sisi islam.

Pilihlah produk takaful yang patuh syariah dan sejajar dengan muamalat islam.

untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di

http://wassap.my/0165426515

Noor Azam bin Md Zaki

NADI RISK GROUP Sdn Bhd

Hukum Insurans konvensional itu adalah haram di sisi Islam.

Leave a Reply

%d bloggers like this: