Hibah Takaful – tanda sayang suami kepada isteri

Kasih sayang suami isteri kepada isteri boleh dilihat dari berbagai segi. Harta benda dan wang mungkin adalah perkara yang terakhir untuk mengukur kadar sayang suami kepada isteri.Suami yang baik akan memberi sepenuh masa dan perhatian kepada isteri yang tersayang.Kasih sayang mungkin mudah diukur ketika si suami masih dalam keadaan sihat dan bernyawa.

Situasi mungkin menjadi lebih rumit jika si suami pergi meninggalkan isteri untuk selama lamanya.Kesedihan yang terpahat dihati isteri mungkin meninggalkan bekas yang amat ketara.Akan tetapi yang ditinggalkan tetap perlu meneruskan kehidupan dan menyara anak anak yang masih kecil dan masih sayup jauh masa hadapannya .

Apakah suami yang begitu sayangkan isteri ketika masih hidup sanggup membiarkan isteri dan anak anak terkontang kanting tanpa hala tuju setelah pemergiannya.Tidak salah memberikan sedikit tanda hadiah kepada isteri untuk persedian kepada sebarang keadaan yang mendatang.Cuaca yang tenang tidak semestinya sentiasa tenang. Kadangkala dari jauh kita sudah nampak awan hitam yang mendatang.Tidak salah bersedia daripada awal supaya bahtera yang dibina tenggelam dihempas badai.

Rezeki yang diberikan oleh Allah, titipkan sedikit untuk bekalan isteri dan keluarga apabila kita tiada. Ingatlah isteri yang bersusah payah bersama kita ketika susah dan senang.Tatapilah muka anak anak kita yang comel dan sempurna segala keperluannya ketika kita ada.Tenungkanlah kesusahan mereka apabila apabila tiada siapa yang datang membela.Kita boleh serahkan nasib mereka kepada Allah, akan tetapi Allah meminta kita berusaha, berdoa barulah kita boleh berserah kepadanya.

Berilah hibah atau hadiah takaful ketika kita masih ada untuk persediaan mereka bila kita dijemput selamanya.

www.wasap.my/60176382890 (Haidi)

Hibah Takaful – tanda sayang suami kepada isteri

Leave a Reply

%d bloggers like this: