Hibah Takaful melindungi keluarga didalam proses pengagihan harta

Hibah takaful memang tidak dinafikan di promosi secara besar besaran oleh syarikat takaful kepada masyarakat. Apa yang penting sangat hibah takaful dan apa faedah yang diterima oleh pemberi hibah takaful dan penerima hibah takaful.

Apa kaitan hibah takaful dengan pembahagian harta setelah pemberi hibah meninggal dunia.

Untuk pengetahuan pembaca , penamaan sijil takaful terbahagi kepada dua bahagian.

1. wasi ( pelaksana )
2. Hibah bersyarat

Perbezaan kedua dua nya adalah wasi adalah cuma pelaksana. Adalah tanggungjawab wasi mengagihkan wang pampasan sijil mengikut undang undag pusaka islam ( Faraidh) Atau akta probet dan pentadbiran 1959 [akta 97]. Secara ringkasnya wang pampasan sijil bukan hak milik wasi. Wasi hanya bertanggung jawab menggagihkannya kepada yang berhak.

Hibah bersyarat pula memberi hak milik penuh kepada penerima hibah.Nilai yang diterima bergantung kepada peratusan yang diletakkan oleh pemberi hibah didalam sijil hibah takaful. Hak penerima hibah dilindungi sepenuhnya oleh Akta perkhidmatan kewangan islam 2013.

Kepetingan dan kelebihan hibah berbanding wasi

Penerima hibah adalah pemilik sepenuhnya wang sijil mengikut peratusan yang dinyatakan didalam sijil takaful tanpa boleh dicabar oleh waris waris lain.

penerima hibah tidak tertakluk kepada ahli keluarga. Pemberi hibah boleh menamakan sesiapa sesiapa sahaja sebagai penerima hibah.

Wang yang diterima oleh penerima hibah tidak terakluk sebahagian daripada harta pusaka. Jadi penerima hibah tidak perlu menunggu prosses pembahagian harta selesai.

4. Hibah bersyarat ini dilindungi sepenuhnya oleh akta perkhidmatan kewangan islam 2013.

Fungsi hibah Takaful sebagai alat pengurusan kewangan.

Penggantian pendapatan dan kelansungan hidup kepada waris.

Jika suami isteri masing masing dengan pendapatan 4 ribu ringgit sebulan. Ini  bermaksud pendapatan isi rumah bernilai RM 8 ribu ringgit sebulan. Contohnya jika sang suami meninggal dunia , pendapatan isi rumah hanya tinggal RM 4 ribu.  Adakah ini cukup untuk menampung hutang , perbelanjaan keluarga setelah setengah daripada pendapatan hilang.Segala harta yang ditinggalkan suami akan tertakluk kepada harta pusaka dan ia akan dibekukan sehingga proses pembahagian harta selesai.

Pembatalan hutang ( Debt cancelation)

Hibah takaful juga boleh digunakan untuk membayar hutang kepada individu ataupun institusi kewangan. Sebagai contoh jika sang suami mempunyai kereta , persoalan loan atau hutang2 lain yang tidak dilindungi oleh takaful. Wang sijil boleh digunakan untuk membayar hutang. Hutang boleh dibayar terus kepada institusi kewangan oleh pihak takaful jika borang absoloute assignment diisi oleh pemberi hibah.

Sebagai ibu duit

Wang sijil takaful boleh digunakan untuk pelaburan jika pampasan hibah takaful cukup banyak untuk dijadikan sebagai modal. Sebagai contoh jika wang pampasan hibah takaful bernilai RM 1 juta. Jika dimasukkan kedalam unit amanah yang dapat memberikan 8% setahun , ini bermaksudnye keluarga itu akan menerima RM 80,000 setiap tahun bersama RM 6500.00 sebulan.

Apa jadi jika anda tidak buat hibah takaful untuk keluarga.

Sudah banyak kali perkara terjadi apabila sang suami meninggal dunia. harta milik si sang suami di tuntut oleh keluarga sang suami sehingga menyebabkan kesusahkan kepada keluarga yang kehilangan tunjang keluarga. Proses mendapatkan harta penggagihan harta pusaka akan mengambil masa yang panjang. Adalah lebih malang jika keluarga mempunyai ramai anak dan si isteri tidak bekerja.Proses penggagihan melibatkan kos guaman dan ini akan menjadi beban kewangan kepada keluarga tersebut.

Secara logik semua tiada manusia yang tidak sayangkan keluarga. Jika anda tidak mahu keluarga anda meminta minta selepas anda tiada hibah takaful adalah perkara yang paing penting dan utama didalam perancangan kewangan keluarga anda.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut , saya boleh membantu anda dengan memberikan apa yang diperlukan oleh keluarga anda.

http://wassap.my/0165426515
Noor Azam Md Zaki
Perunding Kewangan Takaful Ikhlas Berhad

Hibah Takaful melindungi keluarga didalam proses pengagihan harta

Leave a Reply

%d bloggers like this: