Hibah Takaful dan Pengurusan Harta

Hibah secara asasnya adalah hadiah. Menurut islam sesorang itu layak menghadiahkan hartanya sebahagian atau keseluruhan ketika pemilik harta
masih hidup tanpa sebarang paksaan atau agenda.

Jumlah hibah yang boleh diberikan adalah tidak terhad didalam islam.Akan tetapi berbeza pula dengan wasiat dimana ianya hanya terbatas kepada
satu pertiga dari peninggalan tidak boleh diwasiatkan kepada seorang waris melainkan mendapat persetujuan waris yang lain.

Konsep hibah bukannya hanya diguna pakai untuk syarat kematian atau kecacatan kekal.Hibah juga boleh digunakan untuk pelan pendidikan
asalkan segala syarat yang dikenakan dipatuhi.

Kelebihan hibah adalah waris yang dihibahkan harta berhak mendapat keseluruhan harta jika berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada
pemilik harta.

Sebagai contoh Jika isteri merupakan penerima hibah dan suami adalah pemberi hibah. Jika nilai yang dihibahkan adalah RM 200,000, maka keseluruhan
wang yang telah dihibahkan akan diberikan kepada isteri tanpa sebarang pertikaian daripada waris lain.

Pemberian hibah juga boleh digunakan untuk mereka yang tidak layak mendapatkan harta secara faraid atau wasiat. Sebagai contohpemberian harta kepada anak angkat. Mestilah kita ingin meninggalkansesuatu untuk anak kita walaupun dia adalah anak angkat.Apa akan jadi jika pemilik harta meninggal kesemua harta kita diambil oleh waris lain dan
apa akan jadi dengan anak kita.

Hibah secara asasnya dapat membantu kita dalam membuat persediaan dalam pengurusan harta. Ia dapat mengelakkan perpecahan didalam institusi
keluarga hanya disebabkan harta.

 

Dapatkan konsultansi daripada wakil kami secara percuma

www.wasap.my/60176382890 (Haidi)

Hibah Takaful dan Pengurusan Harta

Leave a Reply

%d bloggers like this: