Gaji vs Perbelanjaan adakah berbaloi untuk terus bekerja

image592

Seringkali kita mendengar adalalah sangat penting yang untuk bekerja. Pekerjaan adalah seperti benda wajib yang kita semua perlu ada. Tanpa pekerjaan mungkin ibu bapa anda akan susah  hati .Anda susah untuk mencuri hati bakal isteri atau mertua dan kawan kawan anda akan memandang anda tiada masa depan.

Pekerjaan mungkin sangat penting dari segi status sosial dan membeli harta benda seperti kereta, rumah , melancong dan sebagainya. Memegang jawatan yang tinggi anda akan dihormati dan pendapat anda mungkin diambil serius oleh kawan kawan dan keluarga.

Persoalannya disini adakah gaji yang anda terima daripada pekerjaan anda berbaloi dari segi perancangan kewangan anda.Tujuan asal pekerjaan adalah untuk anda mendapat gaji bulanan dan daripada gaji yang diterima anda boleh mengumpul harta benda dan simpanan.

Jika gaji anda adalah RM 4,000.00 setiap bulan , Berapakah yang anda mampu simpan setiap bulan?Adakah anda mampu berbelanja dengan baki selepas menolak perbelanjaan wajib bulanan dan simpanan. Adakah anda perlu meminjam atau mengeluarkan simpanan anda setiap bulan akibat daripada gaji yang tidak mencukupi?

Jika anda perlu menghabis masa 5 hari seminggu 8 jam sehari untuk bekerja dan anda masih lagi perlu mengeluarkan simpanan atau meminjam wang setiap bulan kerana gaji tidak mencukupi. Itu bermaksud anda perlu menanggung pekerjaan anda dan bukankah sepatutnya pekerjaan anda yang menanggung anda.

Pekerjaan adalah pelaburan dari segi masa dan tenaga , anda perlu memastikan pekerjaan anda membawa keuntungan anda bukan sebaliknya. Jika keadaan berlaku sebaliknya anda perlu meneliti perancangan kewangan anda atau mungkin anda perlu mencari pekerjaan yang baru.

Gaji vs Perbelanjaan adakah berbaloi untuk terus bekerja
Tagged on:                     

Leave a Reply

%d bloggers like this: