Fresh Grad : Bagaimana nak simpan 1000.00 ringgit sebulan dengan gaji 3000.00 sebulan ?

Tahukah anda jika anda seorang fresh grad dan tidak mempunyai apa apa komitmen anda mampu untuk menyimpan RM 1000.00 sebulan dengan gaji RM 3000.00 sebulan.Untuk melihat dengan lebih jelas mari kita buat sedikit kira kira. Dengan gaji RM 3000.00 sebulan baki bersih yang anda akan dapat setiap bulan adalah lebih kurang RM 2700.00. Objektif ini adalah tidak mustahil jika anda hanya bekerja didalam pejabat. berikut adalah contoh bagaimana seorang graduan bernama Ali tanpa sebarang hutang menyimpan RM 1000.00 sebulan.

Gaji bulanan Ali RM 3000.00

Gaji bersih selepas tolak EPF RM 2700.00

Ali kepejabat menaiki motosikal , bayaran bulanan motosikal RM 300.00

Makan sehari RM 10.00 sehari lunch : RM 10.00 x 20 hari = RM 200.00

Makan malam masak barang dapur RM 250.00 sebulan

Duit hantar kampung RM 100.00

Duit minyak motor RM 7.00 dua hari . sehari RM 3.50 x 20 hari = RM 70.00

Duit sewa rumah RM 250.00

Duit hiburan RM 300.00

 

RM 2700 ( gaji) – RM 300.00-RM 200.00 – RM 250.00 – RM 100.00 – RM 70.00 – RM 250.00 – RM 300.00 = 1,230.00

Jadi lebihan yang boleh disimpan adalah RM 1,230.00. Adalah amat penting untuk mengelakkan hutang yang tidak perlu seperti kereta, kad kredit, loan peribadi dan sebagainya. Duit yang disimpan boleh dilaburkan di tempat yang rendah risiko dan tinggi pulangan seperti ASB. Apabila cukup setahun , Buat loan ASB RM 200,000.00  dan bayar keseluruhan bayaran bulanan untuk setahun. Teruskan menyimpan RM 1000.00 sebulan dan pada hujung tahun dapatkan keuntungan dividen untuk menambah simpanan.

Teruskan rutin ini dan dalam masa 5 tahun insyaAllah anda akan ada RM 70,000.00 cash didalam tangan.

Fresh Grad : Bagaimana nak simpan 1000.00 ringgit sebulan dengan gaji 3000.00 sebulan ?

Leave a Reply

%d bloggers like this: