Panduan ciri ciri medical card yang baik

KONSULTAN MEDICAL CARD BERPENGALAMAN

 DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DAN QUOTATION DARI KAMI

  https://api.whatsapp.com/send?phone=0103776996  ( KLIK UNTUK WHATAPPS)

 

Medical Card Malaysia

Ciri ciri Medical Card yang baik

Medical card adalah sangat penting dalam hidup pada zaman ini. Kos perubatan dihospital boleh mencecah ratusan ribu ringgit dan boleh bankrapkan siapa sahaja yang tidak ada

perlindungan perubatan.

Apabila ditanya tentang medical card sebetulnya rakyat malaysia masih lagi jahil dan tidak berminat kepada perkara yang maha penting ini.

Jadi artikel ini adalah untuk menerangkan selok belok medical card dan bagaimana untuk memilih medical card yang sesuai untuk anda dan keluarga.

 

Had tahunan

had tahunan adalah sangat penting kerana inilah jumlah yang dibenarpakai oleh pihak insuran/takaful dalam jangka masa setahun. Jika had seumur hidup tiada limit sekali pun tapi jika had tahunan hanya RM 50,000.00
anda mungkin mengalamai masalah apabila kos perubatan melebihi had tahunan. Apabila perkara ini terjadi baki lebih daripada had tahunan harus dibayar dari poket anda sendiri.

Sebagai contoh Ali ada medical card

had tahunan : 100,000.00
Had seumur hidup : Tiada limit

Ali tiba tiba didiagnosis penyakit kritikal. Selepas 6 bulan kos perubatan Ali adalah
RM 150,000.00.

Ini bermaksud Ali terpaksa membayar RM 50,000.00 dari poket sendiri.

 

Cashless

Apabila membeli medical card pastikan yang medical card anda bukan jenis co-payment. co-payment bermaksud anda terpaksa menanggung sebahagian daripada bill hospital.

Sebagai contoh:

Co-payment : 10% atau maksimum RM 3,000.00

Jika bil perubatan anda adalah RM 30,000 , ini bermaksud anda perlu mengeluarkan RM 3,000.00 dan insuran/takaful mengeluarkan RM 27,000. Jika lebih dari pada 3,000.00 anda hanya akan bayar RM 3,000.00 sahaja.

Kebanyakan Insuran/Takaful menawarkan cashless medical card jadi periksa betul dengan agent samada medical card anda cashless atau co-payment.

 

Had tuntutan rawatan luar dialisis

Tiada guna jika medical card anda mempunyai had tahunan beratus ribu tapi had rawatan luar dialisis hanya 30,000.00. rawatan buah pinggang merupakan rawatan yang sangat mahal dan berpanjangan. Jika medical card anda mempunyai had rawatan dialisis yang rendah , anda terdedah kepada risiko terpaksa menangggung beban kerana perlindungan yang terlalu kecil.

Sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil medical card untuk diri sendiri atau keluarga , tanya sedalam dalamnya dengan agent tentang perlindungan yang ditawarkan. Jangan menyesal setelah membuat bayaran bertahun tahun tapi akhirnya anda terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk rawatan.

Panduan ciri ciri medical card yang baik

Leave a Reply

%d bloggers like this: