Hibah Takaful – tanda sayang suami kepada isteri

Kasih sayang suami isteri kepada isteri boleh dilihat dari berbagai segi. Harta benda dan wang mungkin adalah perkara yang terakhir untuk mengukur kadar sayang suami kepada isteri.Suami yang baik akan memberi sepenuh masa dan perhatian kepada isteri yang tersayang.Kasih sayang mungkin mudah diukur ketika si suami masih dalam keadaan sihat dan bernyawa.

Situasi mungkin menjadi lebih rumit jika si suami pergi meninggalkan isteri untuk selama lamanya.Kesedihan yang terpahat dihati isteri mungkin meninggalkan bekas yang amat ketara.Akan tetapi yang ditinggalkan tetap perlu meneruskan kehidupan dan menyara anak anak yang masih kecil dan masih sayup jauh masa hadapannya .

Apakah suami yang begitu sayangkan isteri ketika masih hidup sanggup membiarkan isteri dan anak anak terkontang kanting tanpa hala tuju setelah pemergiannya.Tidak salah memberikan sedikit tanda hadiah kepada isteri untuk persedian kepada sebarang keadaan yang mendatang.Cuaca yang tenang tidak semestinya sentiasa tenang. Kadangkala dari jauh kita sudah nampak awan hitam yang mendatang.Tidak salah bersedia daripada awal supaya bahtera yang dibina tenggelam dihempas badai.

Rezeki yang diberikan oleh Allah, titipkan sedikit untuk bekalan isteri dan keluarga apabila kita tiada. Ingatlah isteri yang bersusah payah bersama kita ketika susah dan senang.Tatapilah muka anak anak kita yang comel dan sempurna segala keperluannya ketika kita ada.Tenungkanlah kesusahan mereka apabila apabila tiada siapa yang datang membela.Kita boleh serahkan nasib mereka kepada Allah, akan tetapi Allah meminta kita berusaha, berdoa barulah kita boleh berserah kepadanya.

Berilah hibah atau hadiah takaful ketika kita masih ada untuk persediaan mereka bila kita dijemput selamanya.

www.wasap.my/60176382890 (Haidi)

7 Perkara yang boleh membantu waris dan si mati dengan hibah takaful

1. Melupuskan hutang

pepatah lama ada menyebut harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Namun pada hari ini kebanyakannya manusia mati meninggalkan beban hutang kepada waris.Jadi Hibah Takaful dapat membantu melunaskan hutang hutang si mati dan ia dapat
membantu simati disana dan waris beliau yang masih hidup didunia.

2. Melaksanakan Badal haji

Andakata simati masih belum berkesempatan menunaikan haji maka hibah takaful dapat membantu keluarga si mati untuk membuat badal haji bagi simati dan memenuhi rukun islam ke 5.

3. Pengurusan harta pusaka

Pengurusan harta pusaka memerlukan kos dari segi pelantikan peguam dan sebagainya. Ia akan mengambil masa yang sangat panjang jika simati tidak membuat wasiat secara bertulis.Jika waris tidak ditinggalkan sebarang wang pastinya ia akan menjadi beban kepada waris dan akibatnya berlaku perpecahan didalam institusi keluarga akibat daripada perebutan harta pusaka.

4. Nafkah Keluarga

Kematian ketua keluarga selalunya membawa maksud kehilangan sebahagia punca pendapatan didalam keluarga.Hibah Takaful dapat membantu keluarga yang ditinggalkan untuk memberi tempoh kepada mereka untuk berdiri dikaki sendiri dan seterus meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Anak dan isteri tidak perlu mengharapkan orang lain atau bayaran zakat untuk meneruskan kehidupan.

5. Pelaburan

Memandangkan hibah takaful dibayar secara lump sump kepada waris.Ini bermakna waris dapat membuat pelaburan untuk mendapat pulangan secara tetap untuk meneruskan kehidupan.

6. Dana Pendidikan

Andakata si mati mempunyai anak anak yang masih kecil. Wang daripada hibah takaful dapat disimpan untuk dijadikan dana pendidikan anak anak dimasa hadapan.

7. Wakaf dan Sedekah

Waris dapat membuat wakaf atau sedekah untuk si mati.Ini bermaksud hibah takaful bukan hanya dapat membantu orang yang masih hidup akan tetapi juga dapat membantu si mati yang telah pergi.

 

Dapatkan konsultansi daripada wakil kami secara percuma

www.wasap.my/60176382890 (Haidi)

Pentingnya Hibah Takaful untuk sebuah institusi keluarga

Hibah takaful boleh digunakan melindungi institusi keluarga daripada dibebani komitmen kewangan selepas tunggal keluarga meninggal dunia atau kehilangan keupayaan secara kekal.

Senario yang paling mudah jika suami dan isteri bekerja.

Gaji suami RM 6000.00 sebulan
Gaji Isteri RM 4000.00 sebulan

Perbelanjaan wajib bulanan

Bayar Kereta : RM 1500.00 ( dua biji kereta)
Bayar rumah : RM 1000.00
Bayar hutang kad kredit dan personal loan : RM 1000.00
Makan dan barang dapur : RM 1500.00
Diapers dan susu anak : RM 800.00
Bil bil wajib : RM 600.00
Hiburan : RM 1000.00

Jumlah : 7400.00 sebulan.

Jumlah pendapatan isi rumah : RM 10,000.00
Bersih : RM 7500.00

ini bermaksud keluarga ini hanya ada lebihan RM 100 setiap bulan. Apa akan jadi jika salah seorang daripada pasangan meninggal dunia
atau tidak dapat bekerja. Instusi keluarga ini secara kewangan pasti akan runtuh. Rumah mungkin akan di lindungi insuran akan tetapi perbelanjaan lain masih tetap perlu dibayar.

Jadi hibah Takaful digunakan untuk melindungi keluarga ini daripada musibah yang diatas sebagai contoh perlindungan hibah RM 200,000.00 Jika suami meninggal dunia atau cacat kekal isteri akan mendapat wang hibah RM 200,000.00 untuk meneruskan kehidupan.

Dapatkan konsultansi daripada wakil kami secara percuma

www.wasap.my/60176382890 (Haidi)

Hibah Takaful dan Pengurusan Harta

Hibah secara asasnya adalah hadiah. Menurut islam sesorang itu layak menghadiahkan hartanya sebahagian atau keseluruhan ketika pemilik harta
masih hidup tanpa sebarang paksaan atau agenda.

Jumlah hibah yang boleh diberikan adalah tidak terhad didalam islam.Akan tetapi berbeza pula dengan wasiat dimana ianya hanya terbatas kepada
satu pertiga dari peninggalan tidak boleh diwasiatkan kepada seorang waris melainkan mendapat persetujuan waris yang lain.

Konsep hibah bukannya hanya diguna pakai untuk syarat kematian atau kecacatan kekal.Hibah juga boleh digunakan untuk pelan pendidikan
asalkan segala syarat yang dikenakan dipatuhi.

Kelebihan hibah adalah waris yang dihibahkan harta berhak mendapat keseluruhan harta jika berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada
pemilik harta.

Sebagai contoh Jika isteri merupakan penerima hibah dan suami adalah pemberi hibah. Jika nilai yang dihibahkan adalah RM 200,000, maka keseluruhan
wang yang telah dihibahkan akan diberikan kepada isteri tanpa sebarang pertikaian daripada waris lain.

Pemberian hibah juga boleh digunakan untuk mereka yang tidak layak mendapatkan harta secara faraid atau wasiat. Sebagai contohpemberian harta kepada anak angkat. Mestilah kita ingin meninggalkansesuatu untuk anak kita walaupun dia adalah anak angkat.Apa akan jadi jika pemilik harta meninggal kesemua harta kita diambil oleh waris lain dan
apa akan jadi dengan anak kita.

Hibah secara asasnya dapat membantu kita dalam membuat persediaan dalam pengurusan harta. Ia dapat mengelakkan perpecahan didalam institusi
keluarga hanya disebabkan harta.

 

Dapatkan konsultansi daripada wakil kami secara percuma

www.wasap.my/60176382890 (Haidi)

Perlindungan Hibah Takaful paling mampu milik dan murah di pasaran

Anda pasti kurang percaya jika saya katakan anda boleh memiliki perlindungan RM 200,000 hanya dengan bayaran RM 1.30 sehari.

Perlindungan Hibah Takaful paling mampu milik dipasaran.

Apa yang akan dapat dengan perlindungan ini.

Manafaat perlindungan

1. Kematian semulajadi – RM 200,000
2. kematian akibat kemalangan – RM 200,000
3. Kematian akibat dari penyakit – RM 200,000
4. Cacat & lumpuh kekal – RM 200,000

Dengan hanya  RM 41.00+ sebulan

Illustrasi ini untuk individu berumur 30 tahun.

Siapakah yang perlukan perlindungan hibah takaful.

  • Pasangan Suami/Isteri yang bekerja
  • Penyara tunggal dalam keluarga
  • Ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil
  • Orang yang mempunyai hutang
  • pemilik perniagaan

Dapatkah perlindungan sebelum ditimpa ujian. Hadiahkan perlindungan hibah takaful kepada yang tersayang.

Dapatkan konsultansi daripada wakil kami secara percuma

www.wasap.my/60176382890 (Haidi)