Bagaimana nak naikkan limit kad kredit anda?

Bank memang suka jika anda nak naikkan limit kad kredit anda. Jika limit kredit anda tinggi potensi anda nak joli sakan pun tinggi.Walaupun bagaimanapun bank ni tertakluk kepada guideline Bank Negara. Jika gaji tahunan anda kurang dari RM 36000.00 , limit kredit yang dibenarkan adalah 2 kali ganda gaji bulanan anda. Jika gaji anda RM 2000.00 jadi limit anda adalah RM 4000.00. Maximum adalah RM 5000.00.

Akan tetapi jika gaji anda melebihi RM 36000.00 setahun maka anda mempunyai kebebasan untuk memohon menaikkan limit kredit.

Cara memohon menaikkan limit kredit

Prosedur mungkin berbeza antara bank. Secara asasnya anda perlu beri kepada bank payslip,tax form,EPF statement ,EA form dan sebagainya.Bank akan review kalau dia rasa anda layak untuk berjoli sakan makan permohonan anda akan diluluskan.

Kalau pun anda layak nak naikkan limit kredit , adakah anda perlu untuk memohon? Secara peribadi saya rasakan ini semua perangkap. Kalau limit anda tinggi dan keupayan menahan diri dari berbelanja secara marhain adalah rendah, dinasihatkan usahlah memohon menaikkan limit  kredit. Lebih baik anda potong semua kad kredit dan bayar hutang yang sedia ada sehingga habis. Hidup tanpa hutang adalah lebih baik daripada nampak bergaya macam orang kaya tapi sakit kepala
macam gila nak membayar interest hutang kepada bank.

Renew Takaful and Roadtax Online

http://wassap.my/0103776996

15% cashback @ no claim rebate on Takaful

Bagaimana nak naikkan limit kad kredit anda?
Tagged on:

Leave a Reply

%d bloggers like this: