Konsep hibah takaful dalam melindungi pinjaman

 

Hibah takaful boleh digunakan didalam berbagai situasi. Ia boleh digunakan untuk melindungi pendapatan keluarga , infaq dan juga boleh digunakan untuk melindungi liabiliti.

Sebahagian besar orang mempunyai liabiliti yang biasa seperti kereta, personal loan dan juga kad kredit.Liabiliti ini merupakan hutang yang perlu dibayar oleh pihak keluarga walaupun si pembuat hutang telah meninggal upaya atau hilang upaya kekal. Sebagai seorang islam hutang si mati wajib dibayar walau apa pon keadaaannya.

Banyak kes yang terjadi apabila kereta ditarik , hutang simati terpaksa ditanggung sepenuhnya
oleh waris si mati.

Perkara yang paling mudah adalah dengan menggunakan hibah untuk melindungi pinjaman. Jumlahkah keseluruhan pinjaman dan gunakan term takaful yang hanya melindungi untuk tempoh waktu tertentu. sebagai contoh tempoh untuk personal loan adalah antara 5 ke 10 tahun dan tempoh loan untuk kereta antara 5,7 dan 10 tahun.

Ambil hibah untuk tempoh 10 atau 20 tahun untuk melindungi kesemua jumlah pinjaman.Gunakan absoloute assignment dimana hutang akan dibayar terus kepada institusi kewangan. Selepas hutang dibayar lebihan dari jumlah hibah akan dibayar kepada waris.

Sebagai contoh jika pemilik kereta bernilai 100,000 dengan loan selama 9 tahun mengambil hibah takaful dengan nilai perlindungan RM 200,000 untuk tempoh 9 tahun. Jika berlaku kematian kepada pemilik kereta pada tahun ke 5.keseluruhan hutang akan diselesaikan oleh pihak takaful dan wang selebihnya daripada jumlan 200,000 akan diberikan kepada waris.

Jadi hibah ini telah digunakan untuk melangsaikan keseluruhan hutang simati dan juga memberi waris wang hibah
untuk meneruskan kehidupan.

Hubungi http://wassap.my/0165426515  untuk penerangan lanjut.

Takaful/insuran untuk cover dan melindungi pinjaman loan kereta

Ramai orang bertanyakan kepada saya tentang wujudkah produk insuran/takaful yang melindungi loan kereta. Wujudnya permintaan kepada perlindungan ini kerana terlalu banyak kes kereta ditarik oleh bank apabila ketua keluarga yang mencari nafkah dan membayar loan kereta meninggal dunia ataupun hilang upaya kekal.

Jawapannya ada, saya selalunya akan menggunakan hibah value term untuk melindungi loan kereta pelanggan saya. Saya selalunya akan mencadangkan kepada pelanggan saya untuk menggunakan Absolute Assignment

konsep Absolute Assignment berdasarkan kepada keperluan semasa bertujuan membantu waris peserta menyelesaikan hutang tertunggak dengan institusi kewangan yang sah. Dengan menggunakan Absolute Assignment Wang hibah akan dibayar terus kepada institusi kewangan yang terlibat untuk menyelesaikan hutang yang masih tertunggak selepas kematian atau kecacatan kekal pembayar pinjaman. 

Pinjaman seperti loan kereta , personal loan dan kad kredit akan dilangsaikan terlebih dahulu dan selebihnya akan diserahkan kepada waris penerima hibah.

Produk hibah value term boleh didapati untuk melindungi loan untuk tempoh di kehendaki, sebagai contoh 10 tahun atau 20 tahun dan ia amat sesuai untuk melindungi loan kereta dan personal loan  yang tempoh diantara 7 dan 9 tahun atau 10 tahun. 

Berminat untuk tahu dengan lebih lanjut

Whatapps 0165426515

6 cara asas dalam prospecting untuk ejen takaful keluarga

Teknik 1 : Prospecting hot market seperti keluarga dan kawan kawan.

Teknik ini merupakan teknik asas dalam prospecting. Anda hanya perlu berterus terang dengan kawan kawan dan keluarga yang anda telah memulakan perniagaan takaful keluarga. Kebiasaannya anda sudah mengetahui sedikit sebanyak maklumat mengenai keadaan kewangan dan keperluan prospect didalam linkungan ini. Anda boleh berterus terang yang anda ingin membuat konsultansi terutamanya dalam
perihal pengurusan kewangan. Daripada maklumat yang anda perolehi anda boleh memberikan produk yang bersesuaian mengikut keperluan dan kemampuan prospect.

Teknik 2 : Referral

Teknik ini merupakan teknik mengembangkan linkungan kawan kawan dan keluarga kepada kawan kawan mereka.Anda tidak perlu terus menjual secara hard selling kepada prospect didalam kategori ini. Anda boleh merapatkat diri dan mendapatkan kepercayaan mereka dahulu sebagai seorang kawan. Pastikan mereka tahu apa yang anda lakukan dan daripada situ secara perlahan lahan anda boleh memberikan
khidmat yang diperlukan sebagai ejen takaful.

 

Teknik 3 : Social Media

Social media merupakan platform yang sangat baik untuk membuat branding yang baik tentang diri anda sebagai ejen takaful. Hanya dengan berkongsi aktiviti harian dan pencapaian anda , ini dapat membuatkan anda dikenali didalam linkungan social media sebagai orang yang berpengetahuan didalam bidang takaful. Selalunya prospect daripada social media akan menghubungi anda untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang masalah dan juga tentang produk takaful.

 

Teknik 4 : Booth

Teknik ini meruapakan teknik yang bagus untuk mendapatkan leads yang baru. Dengan membuka booth anda dapat mendekati orang tidak
dikenali dan tujuan anda sudah cukup jelas sebagai ejen takaful. Teknik ini memerlukan anda sentiasa mendekati bakal prospect yang lalu lalang untuk memaksimakan leads yang diperolehi. Akan tetapi teknik ini memerlukan kos yang tinggi. Kos untuk menyewa tapak booth
adalah agak tinggi bergantung kepada lokasi tapak yang disewa.

 

Teknik 5 : Direct approach

Teknik ini memerlukan sedikit keberanian. Hanya dengan berbekalkan flyer anda boleh menegur orang yang tidak dikenali untuk menerang produk secara asas. Daripada penerangan ini cuba dapatkan no phone untuk temu janji yang lebih rasmi di masa akan datang.

 

Teknik 6 : Online marketing

Teknik ini boleh dibahagiakan kepada organic dan paid ads. Untuk mendapatkan prospeck melalui organic traffic daripada google anda memerlukan website atau blog. Anda boleh memuatnaik artikel yang berguna dengan menggunakan keyword yang dicari oleh pengguna untuk diletakkan didalam title post anda.Lebih banyak post yang diindex di Google bermaksud lebih banyak traffic yang datang daripada carian di Google. Traffic yang datang daripada carian di Google adalah traffic yang sangat berkualiti kerana
mereka menghubungi anda setelah membuat carian tentang produk di Google.

Paid ads memerlukan modal yang besar. Jika anda mengunakan adwords anda boleh mengkaji keyword yang berpotensi melalui keyword tool dan juga semrush.Dengan meletakkan iklan anda untuk keyword yang niche dan kurang pesaing ini boleh membawa leads yang berkualiti kepada anda. Anda juga boleh menggunakan FB ads untuk membuat iklan mengikut interest dan menambah like di fanpage anda.

5 tips untuk membina perniagaan takaful keluarga yang berjaya

1. Jangan jual tetapi didik pelanggan

Jika dahulu kebanyakan ejen mengejar pelanggan dengan melakukan jualan secara keras mengakibatkan ramai yang takut kepada ejen takaful dan insuran.Perkara ini seharusnya tidak terjadi kerana tugas seorang bukannya menjual produk secara membabi buta. Seorang ejen takaful yang baik perlu memahami pelanggan dan tahu apa yang diperlukan oleh pelanggan. Didik pelanggan dengan fakta kenapa dan mengapa mereka memerlukan sesuatu produk.Tugas ejen takaful adalah menutup lubang kewangan yang ada dengan memberi perlindungan sepenuhnya kepada diri ,keluarga dan harta benda.

2. Banyakkan bertanya ( fact finding) , pahami pelanggan anda.

Menjual satu produk yang tidak diperlukan pelanggan , hanya akan membuat pelanggan lari.Sebagai sorang ejen anda harus bertanya tentang keadaan kewangan dan apa yang anda boleh bantu mereka untuk menyelesaikan masalah mereka.Hanya dengan informasi yang lengkap anda dapat memenuhi matlamat kewangan dan membantu mereka secara profesional.

3. Dapatkan kepercayaan pelanggan dan prospek.

Jangan hanya muncul ketika anda ingin menjual produk. Besarkan lingkunang prospek dengan menjadi kawan yang sebenar kepada mereka.Tanamkan niat didalam hati yang anda ingin membantu kawan anda bukan membuat duit daripada mereka. Apabila mereka sudah menjadi pelanggan teruskan hubungan silaturrahim sebagai seorang kawan. Sentiasa memberi khidmat nasihat kewangan dari masa kesemasa dan anggap mereka seperti kawan dan keluarga. Dengan kepercayaan ini pelanggan akan sentiasa mengsyorkan kawan kawan dan keluarga untuk menjadi pelanggan anda.

4. Masa itu emas

Masa adalah komoditi yang sangat berharga didalam perniagaan takaful.Jangan bazirkan masa setiap hari tanpa melakukan aktiviti. Untuk berjaya didalam perniagaan takaful anda perlu membina lingkungan kenalan yang sangat besar dan anda perlu membuat aktiviti untuk mendapatkan leads yang berkualiti setiap hari. Pastikan anda memulakan hari anda di ejensi tempat anda bernaung untuk mendapatkan aura positif dan mengikuti akviti yang dianjurkan oleh ejensi.Pastikan hari anda dipenuhi dengan berjumpa dengan prospek atau pelanggan anda.

5. Kejar target secara serius

Setiap target seperti trip yang ditawarkan oleh syarikat, pastikan anda mengejarnya secara serius.Apabila anda mengejar target ini anda juga dapat membantu mencapat target jualan anda.Untuk mendapatkan pendapatan yang stabil di tahun pertama , cara yang paling mudah adalah melayakkan diri ke trip yang ditawarkan oleh syarikat.

Teknik prospecting takaful keluarga

Prospecting adalah elemen yang paling penting didalam perniagaan takaful. Tanpa prospecting anda akan ketandusan prospect dan secara sendiri perniagaan anda akan mati. Jadi adalah amat penting untuk meletakkan target dan melakukan aktiviti yang diperlukan supaya bank prospect anda sentiasa penuh. 

Prospect terdiri daripada 3 kategori . 

  1. Hot prospect
  2. Warm prospect
  3. cold Prospect.

Hot prospect 

Hot prospect adalah orang yang dekat dengan ada. Mereka adalah dikalangan keluarga , kawan kawan dan kenalan yang anda masih berhubung.Selalunya hot prospect adalah calon pelanggan yang bersedia membantu anda dalam memulakan perniagaan. Didalam projek 100 , 100 orang hot prospect di perlukan untuk mendapatkan seramai mungkin pelanggan daripada kalangan hot prospect.

 

Warm prospect

Warm prospect adalah referral , kenalan , kawan kawan atau family kepada hot prospect. Anda boleh meminta contact warm prospect daripada hot prospect.tukarkan warm prospect ini kepada kawan kawan anda ( hot prospect). Jangan terburu buru terus membuat jualan kepada warm prospect. Visi kita adalah untuk mendapat seramai mungkin hot prospect didalam jangka masa yang panjang. Jika anda memberikan servis yang baik kepada pelanggan anda , mereka sendiri akan memperkenalkan anda kepada keluarga , kenalan dan kawan kawan mereka.

 

Cold prospect

Cold prospect merupakan inti pati didalam perniagaan takaful.Mereka adalah stranger yang anda tidak kenal dan anda mendekati mereka menggunakan beberapa teknik seperti direct approach , booth ataupun cold call.Dengan melakukan aktiviti ini leads dan prospects anda tidak akan putus dan perniagaan anda mudah untuk dikekalkan dan mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya.

 

Tukarkan semua prospect menjadi kawan.

Langkah yang penting siapa pun yang anda jumpa atau kenal , cuba rapat dengan mereka sebagai seorang kawan bukan sebagai seorang ejen.Anggap diri anda sebagai kawan mereka dan apa sahaja servis yang diberikan adalah atas dasar menolong seorang kawan yang lain. Konsep human touch ini adalah sangat penting didalam perniagaan takaful.Jika anda memberi servis dengan penuh kemanusiaan dan kasih sayang , anda akan diingati sehingga bila bila bukan sebagai sorang ejen tapi sebagai sorang kawan yang sangat membantu.