Apakah yang anda akan buat jika kereta anda kemik dilanggar ketika ditapak parking?

 

Bayangkan anda pergi makan malam bersama keluarga dan anda parking ditempat yang disediakan. Apabila anda kembali ke kereta anda dapati kereta anda telah
kemik dilanggar kereta yang tidak dikenali. Memang menyirap darah lagi lagi kalau kereta anda masih baru dan berkilat.

Apa yang akan buat jika anda tidak dapat menghubungi pemilik kenderaan  yang melanggar kereta anda.

Berikut langkah langkah yang perlu anda lakukan 

Perkara yang pertama adalah memerika kenderaan anda samada pemilik kereta yang melanggar kereta anda meninggalkan nombor telepon untuk anda hubungi.
Jika tiada sebarang maklumat ditinggalkan sekarang anda boleh memilih samaada untuk mengeluarkan wang sendiri atau membuat tuntutan insuran  kepada kerosakan yang dialami.

Jika anda membuat keputusan membuat tuntutan insuran maka anda boleh menggunakan “No-Fault Own Damage claim” untuk membuat tuntutan. Anda perlu melakukan tuntutan anda perlu memberitahu syarikat insuran/takaful serta merta dan melakukan laporan polis dalam masa 24 jam. Perlu diingati jika kos membaikpulih dibawah kos minimum , tuntutan mungkin tidak akan diluluskan.

Apakah perbezaan antara “own damage claim” dan “No-Fault own damage claim”.

Jika anda membuat tuntutan kepada kerosakan akibat kecuaian anda sendiri, tuntutan tersebut akan jatuh dibawah “own damage claim”. Sebalik jika anda membuat tuntutan kerosakan yang bukan disebabkan kecuaian anda dan ia dikenali sebagai “No-Fault own damage claim”.

Adakah anda akan hilang NCD?

Jika anda membuat tuntutan ODC anda sudah pasti akan kehilangan NCD untuk tahun perlindungan berikutnya. Jika anda membuat tuntutan NFODC , NCD akan dikekalkan.

Leave a Reply