Apakah produk yang anda boleh tawarkan sebagai agent takaful?

Sebagai agent takaful anda seharusnya mahir dalam semua bidang/aspek didalam perniagaan takaful.Agent Takaful seharus perlu melengkapi apa yang masih kurang dari segi perlindungan kepada pelanggan. Perjalanan perniagaan sebagai agent takaful bukan sepatutnya berkisar kepada produk takaful keluarga tetapi anda juga harus melengkapi diri anda dengan ilmu takaful am untuk menawar perlindungan harta benda dan perniagaan kepada pelanggan. Anda sebagai agent takaful harus menjadi one stop center untuk kesemua keperluan pelanggan daripada produk takaful keluarga dan takaful am.

Takaful Keluarga
ini adalah produk asas yang mana agent takaful harus mahir dalam setiap segi kerana ini adalah perlindungan utama yang anda akan tawarkan kepada pelanggan. Produk seperti takaful nyawa , investment link dan medical card adalah amat penting kerana ini merupakan antara perlindungan terpenting kepada pelanggan.

Takaful Am
Setiap pelanggan anda mempunyai aset seperti keluarga , rumah atau mungkin perniagaan.Adalah amat mengeciwakan jika pelanggan anda bertanya tentang takaful kenderaan , rumah atau pernigaaan dan anda langsung tidak mempunyai pengetahuan didalam perkara tersebut. Lebih memalukan anda tidak mempunyai lesen atau kod untuk menjual perlindungan Takaful am.Ini
akan memperlihatkan kualiti anda sebagai agent takaful.

Sebagai seorang agent takaful yang memberi khidmat konsultansi berkenaan perlindungan takaful, anda seharusnya dapat memberi khidmat nasihat untuk melengkapi perlindungan kepada pelanggan , keluarga dan harta benda.Ilmu didalam bidang takaful adalah amat penting untuk menjadi seorang agent takaful yang berkualiti.

Apakah produk yang anda boleh tawarkan sebagai agent takaful?

Leave a Reply

%d bloggers like this: