Adoi kena pecat tanpa sebab , nak buat apa ni?

 

Ekonomi sekarang ni bukannya macam 20 tahun lepas. Rakyat marhain terdesak nak cari seuap nasi sama juga dengan syarikat yang bertungkus lumus mencari sesuap business.Jika syarikat besar kalau dia nak buang orang secara berjemaah dia akan guna ayat yang high class sket namanya restructuring. Tapi jangan risau kalau restructuring setidak tidaknya dapat juga pampasan walaupun kekadang tak sebesar mana.

Yang menjadi masalah syarikat yang guna cara jahat nak buang pekerja, bukan sebab pekerja ada masalah displin atau tak pandai buat kerja, tapi sebab nak jimat kos memandang cukai dah kena berguni guni business masuk pun sipi sipi.Tapi jika anda dapat surat cinta secara tiba tiba jangan pula pegi mengamuk dekat boss atau HR. Memandangkan benda dah cool kalau nak cabut biarlah dalam keadaan bergaya. Chill dan relax kita guna saluran yang betul , untung2 boleh saman kalau menang jackpot beratus ribu juga tu.

6 perkara yang anda boleh buat

  1.  Siasat atas dasar apa anda dipecat. Jumpa dengan HR dan tanya sebab musabab kenapa anda dipecat.Jika tiada jawapan kukuh dan HR asik berkias main pantun maksudnye syarikat mungkin melakukan kesalahan memecat tanpa sebab. Jadi anda bolehlah  memfilekan laporan kepada  Industrial Relations Court of Malaysia untuk tindakan mahkamah. Jika anda berada dipihak yang benar , mahkahmah akan mengarahkan syarikat untuk membayar pampasan dan tidak mustahil untuk mendapatkan kembali pekerjaan anda.
  2. Jangan mengamuk dan mengugut atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang undang. Anda masih lagi perlukan reputasi yang baik untuk memohon kerja ditempat baru.
  3. Berjimat cermat, memandangkan gaji pun dah hilang jangan la nak minum kopi dekat starbuck lagi. Sedar diri duit dalam simpanan membukit macam mana pun kalau dah hari hari korek kering juga.
  4. Cuba cari income sampingan untuk mengelak dari simpanan menjadi kering. Tak kisah la nak meniaga online ke jual burger atau bawak uber yang penting halal.
  5. Apply kerja banyak banyak , cuba dapatkan kerja baru secepat mungkin. Kalau anda ada banyak hutang lagi laju patutnya tangan tu click apply dekat jobstreets.
  6. Cuba minta tolong kawan kawan dalam industri mungkin mereka dapat tolong adjust kerja baik dekat syarikat lain.

Hilang kerja bukannya hilang bini relax jangan gelabah. Amik nafas fikir menggunakan logik akal bukan emosi. Setiap perkara yang buruk bila ribut dah reda matahari akan bersinar kembali. Percaya pada dugaan tuhan dan doa doa banyak banyak. InsyaAllah rezeki anda ada bila sampai masanya.

 

logo4

  • Click on this link to   generate your own car insurance
  • keyin ic number ( owner ic number )  and plate number
  • model , ncd, and premium will be generated automatically
  • make payment
  • Confirm payment
  • print covernote yourself
  • Issue roadtax your self click on this link Renew your own roadtax , myeg will send your roadtax to your address

Need free quotation for Takaful and Roadtax  fast

whatsapp us now

click on the link below to whatsapp

   https://api.whatsapp.com/send?phone=60169888472

Adoi kena pecat tanpa sebab , nak buat apa ni?

Leave a Reply

%d bloggers like this: