Adab berjalan di jalan yang sesak

Renew Car Insurance Motor Takaful Online MYEG     

  Click on the “Instant Quotes Button” to calculate your premium with next available NCD

Step by step guide how to renew motor takaful online

 

 

Aku rasa rakyat Malaysia kena menerapkan budaya memikirkan orang lain sebelum diri sendiri. Apa yang aku nak ceritakan ini andaikata diamalkan mungkin makin berkurang traffic jam di jalan ataupun pasar malam.Alkisahnya aku semalam bersemangat nak ke pasar malam dengan harapan dapat beli apam balik. Jadi goal aku jelas apam balik , aku nak beli apam balik dan balik sebab aku banyak kerja dekat rumah. Memandangkan aku masuk dari hujung sebelah sana dan apam balik dihujung sebelah sini maka terpaksalah aku menghadap jalan yang penuh sesak dengan manusia yang bershopping dipasar malam.

Kemudian adalah satu family ni lenggang kankung jalan melintang tutup satu jalan , terus traffic jam satu pasar malam.Nasihat aku kalau berjalan dipasar malam tak payah la nak pegang tangan bini dan bini pegang anak secara melintang dan lantas menutup jalan. Kalau korang jalan laju aku boleh tahan lagi , ni alahai jalan lenggang kankung sampai berbaris orang kat belakang ko nak minta potong.

Cuba ada rasa prihatin tengok belakang , tengok kiri kanan adakah korang menganggu hidup orang lain. Kan lebih elok kalau korang bagi satu laluan memotong pada orang lain , tak kisah le korang nak pegang tangan ke nak timang bini ko ke, yang penting jangan block jalan sampai orang lain plak kena menunggu korang habis melenggang.benda yang sama yang berlaku dekat eskalator.Kalau korang naik eskalator jangan le tutup jalan sampai menghalang orang yang nak memotong. Contohi macam mana jepun naik eskalator sentiasa ada satu laluan untuk memotong.

Aku merepek ni hanya sekadar nasihat , kalau tak ramai sket baca pun jadilah. Malaysia ni kononnya nak jadi negara maju benda yang simple macam ni pun kita tak boleh fikir , macam mana nak fikir benda yang lebih susah. Hadamkanlah harap generasi yang akan datang akan berubah.

 

 

Need free quotation for Takaful and Roadtax  fast

whatsapp us now

click on the link below to whatsapp

   https://api.whatsapp.com/send?phone=60169888472

Adab berjalan di jalan yang sesak

Leave a Reply

%d bloggers like this: