7 Perkara yang boleh membantu waris dan si mati dengan hibah takaful

1. Melupuskan hutang

pepatah lama ada menyebut harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Namun pada hari ini kebanyakannya manusia mati meninggalkan beban hutang kepada waris.Jadi Hibah Takaful dapat membantu melunaskan hutang hutang si mati dan ia dapat
membantu simati disana dan waris beliau yang masih hidup didunia.

2. Melaksanakan Badal haji

Andakata simati masih belum berkesempatan menunaikan haji maka hibah takaful dapat membantu keluarga si mati untuk membuat badal haji bagi simati dan memenuhi rukun islam ke 5.

3. Pengurusan harta pusaka

Pengurusan harta pusaka memerlukan kos dari segi pelantikan peguam dan sebagainya. Ia akan mengambil masa yang sangat panjang jika simati tidak membuat wasiat secara bertulis.Jika waris tidak ditinggalkan sebarang wang pastinya ia akan menjadi beban kepada waris dan akibatnya berlaku perpecahan didalam institusi keluarga akibat daripada perebutan harta pusaka.

4. Nafkah Keluarga

Kematian ketua keluarga selalunya membawa maksud kehilangan sebahagia punca pendapatan didalam keluarga.Hibah Takaful dapat membantu keluarga yang ditinggalkan untuk memberi tempoh kepada mereka untuk berdiri dikaki sendiri dan seterus meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Anak dan isteri tidak perlu mengharapkan orang lain atau bayaran zakat untuk meneruskan kehidupan.

5. Pelaburan

Memandangkan hibah takaful dibayar secara lump sump kepada waris.Ini bermakna waris dapat membuat pelaburan untuk mendapat pulangan secara tetap untuk meneruskan kehidupan.

6. Dana Pendidikan

Andakata si mati mempunyai anak anak yang masih kecil. Wang daripada hibah takaful dapat disimpan untuk dijadikan dana pendidikan anak anak dimasa hadapan.

7. Wakaf dan Sedekah

Waris dapat membuat wakaf atau sedekah untuk si mati.Ini bermaksud hibah takaful bukan hanya dapat membantu orang yang masih hidup akan tetapi juga dapat membantu si mati yang telah pergi.

 

Dapatkan konsultansi daripada wakil kami secara percuma

www.wasap.my/60176382890 (Haidi)

7 Perkara yang boleh membantu waris dan si mati dengan hibah takaful

Leave a Reply

%d bloggers like this: