6 perkara penting yang wajib dilakukan apabila terlibat dengan kemalangan dan anda tidak bersalah

http://wassap.my/0165426515

 

kfk

Kita sering lihat orang bertengkar apabila terlibat dengan kemalangan. Ada yang bergaduh bertumbuk sebagainya dan mengakibat kesesakan lalu lintas yang tidak sepatutnya berlaku. jadi apa 6 perkara penting yang anda perlu lakukan jika terlibat dengan kemalangan dan anda tidak bersalah.

 

Ambil gambar kemalangan

Pastikan anda mengambil gambar kemangan dengan jelas ditempat berlaku kemalangan.Pastikan no plet anda dan kenderaan yang melanggar kenderaan anda kelihatan didalam gambar.

 

Minta nombor telefon

Pastikan anda mendapatkan no telefon pemandu yang melanggar kenderaan anda.  Perkara ini penting untuk memudahkan sebarang urusan yang berkaitan dimasa hadapan.

 

Buat report polis

Pastikan anda dan pemandu yang melanggar kenderaan anda membuat laporan polis sebaik sahaja selepas kemalangan berlaku. Jika pemandu yang melanggar kenderaan anda enggan membuat laporan polis. jangan bargaduh biarkan sahaja yang penting anda perlu membuat laporan polis.

 

Jangan bayar sebarang ganti rugi

Jika anda diugut atau sebagainya jangan takut. Jangan bayar apa apa kerana semua sepatutnya diselesaikan oleh insuran. Tujuan anda membayar insuran bukan sekadar untuk mendapatkan cukai jalan tetapi untuk menyelesaikan masalah kos pembaikan kenderaan apabila anda terlibat dengan kemalangan.

 

Bengkel Panel

pastikan anda menghantar kenderaan anda ke bengkel panel syarikat insuran yang anda gunakan. Bengkel panel mempunyai sistem tuntutan dimana mereka boleh berhubung terus dengan syarikat insuran apabila tuntutan berlaku. Sesetengah syarikat insuran tidak akan membayar tuntutan jika anda menghantar kenderaan anda ke bengkel yang bukan panel

 

Buat tuntutan OD-KFK

Beritahu bengkel yang anda ingin membuat tuntutan OD-KFK. tuntutan OD-KFK bertujuan untuk membuat tuntutan kepada kenderaan yang melanggar kenderaan anda. Jika tuntutan anda OD-KFK dibuat NCD anda tidak akan hilang apabila  membuat pembaharuan insuran   .OD-KFK tidak boleh dibuat kepada motosikal dan kenderaan awam seperti bas dan sebagainya. Jika ini berlaku anda perlu membuat tuntutan kepada insuran anda sendiri yang mengakibat NCD anda hilang.

 

6 perkara penting yang wajib dilakukan apabila terlibat dengan kemalangan dan anda tidak bersalah

Leave a Reply

%d bloggers like this: