6 cara asas dalam prospecting untuk ejen takaful keluarga

Teknik 1 : Prospecting hot market seperti keluarga dan kawan kawan.

Teknik ini merupakan teknik asas dalam prospecting. Anda hanya perlu berterus terang dengan kawan kawan dan keluarga yang anda telah memulakan perniagaan takaful keluarga. Kebiasaannya anda sudah mengetahui sedikit sebanyak maklumat mengenai keadaan kewangan dan keperluan prospect didalam linkungan ini. Anda boleh berterus terang yang anda ingin membuat konsultansi terutamanya dalam
perihal pengurusan kewangan. Daripada maklumat yang anda perolehi anda boleh memberikan produk yang bersesuaian mengikut keperluan dan kemampuan prospect.

Teknik 2 : Referral

Teknik ini merupakan teknik mengembangkan linkungan kawan kawan dan keluarga kepada kawan kawan mereka.Anda tidak perlu terus menjual secara hard selling kepada prospect didalam kategori ini. Anda boleh merapatkat diri dan mendapatkan kepercayaan mereka dahulu sebagai seorang kawan. Pastikan mereka tahu apa yang anda lakukan dan daripada situ secara perlahan lahan anda boleh memberikan
khidmat yang diperlukan sebagai ejen takaful.

 

Teknik 3 : Social Media

Social media merupakan platform yang sangat baik untuk membuat branding yang baik tentang diri anda sebagai ejen takaful. Hanya dengan berkongsi aktiviti harian dan pencapaian anda , ini dapat membuatkan anda dikenali didalam linkungan social media sebagai orang yang berpengetahuan didalam bidang takaful. Selalunya prospect daripada social media akan menghubungi anda untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang masalah dan juga tentang produk takaful.

 

Teknik 4 : Booth

Teknik ini meruapakan teknik yang bagus untuk mendapatkan leads yang baru. Dengan membuka booth anda dapat mendekati orang tidak
dikenali dan tujuan anda sudah cukup jelas sebagai ejen takaful. Teknik ini memerlukan anda sentiasa mendekati bakal prospect yang lalu lalang untuk memaksimakan leads yang diperolehi. Akan tetapi teknik ini memerlukan kos yang tinggi. Kos untuk menyewa tapak booth
adalah agak tinggi bergantung kepada lokasi tapak yang disewa.

 

Teknik 5 : Direct approach

Teknik ini memerlukan sedikit keberanian. Hanya dengan berbekalkan flyer anda boleh menegur orang yang tidak dikenali untuk menerang produk secara asas. Daripada penerangan ini cuba dapatkan no phone untuk temu janji yang lebih rasmi di masa akan datang.

 

Teknik 6 : Online marketing

Teknik ini boleh dibahagiakan kepada organic dan paid ads. Untuk mendapatkan prospeck melalui organic traffic daripada google anda memerlukan website atau blog. Anda boleh memuatnaik artikel yang berguna dengan menggunakan keyword yang dicari oleh pengguna untuk diletakkan didalam title post anda.Lebih banyak post yang diindex di Google bermaksud lebih banyak traffic yang datang daripada carian di Google. Traffic yang datang daripada carian di Google adalah traffic yang sangat berkualiti kerana
mereka menghubungi anda setelah membuat carian tentang produk di Google.

Paid ads memerlukan modal yang besar. Jika anda mengunakan adwords anda boleh mengkaji keyword yang berpotensi melalui keyword tool dan juga semrush.Dengan meletakkan iklan anda untuk keyword yang niche dan kurang pesaing ini boleh membawa leads yang berkualiti kepada anda. Anda juga boleh menggunakan FB ads untuk membuat iklan mengikut interest dan menambah like di fanpage anda.

6 cara asas dalam prospecting untuk ejen takaful keluarga

Leave a Reply

%d bloggers like this: