5 sebab utama kenapa bank menolak/reject pinjam/loan anda

loan-rejected

Bank mempunyai kriteria tertentu untuk menerima permohonan pinjaman atau kad kredit .Munkin anda sering tertanya tanya kenapa permohonan pinjaman dan kredit kad anda sering ditolak oleh bank.Berikut adalah 5 sebab utama kenapa bank menolak permohonan pinjaman pemohon.

Sejarah Kredit / Credit history 

Jika anda tidak mempunyai sebarang sejarah pinjaman atau kad kredit dengan mana mana institusi kewangan besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak. Walaupun anda bebas hutang yang mana sangat bagus dimata masyarakat tetapi tidak semestinya bagus di mata bank. Bank menganggap pemohon yang tidak mempunyai sejarah kredit sebagai meragukan melainkan anda seorang anak billionaire terkenal atau selebriti yang memang terkenal mempunyai harta dan kekayaan yang banyak.

Pendapatan yang tidak stabil

Walaupun anda mempunyai pendapat yang tinggi terkumpul sepanjang tahun tetapi pendapatan ini tidak diperolehi secara sekata setiap bulan anda dianggap pemohon yang berisiko.Kebiasaannya perkara ini berlaku kepada ahli perniagaan. Pendapatan anda mungkin bergantng kepada businness atau kontrak yang diperolehi. Business ini mungkin hanya masuk setahun beberapa kali tetapi dalam kuantiti yang banyak. Pada pandangan bank anda juga adalah seorang pemohon yang berisiko. Atas dasar ini pekerja awam dan swasta mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk permohonan pinjaman dan kad kredit daripada phak bank.

Komitment yang terlalu tinggi

Jika bayaran bulan pinjaman dan kad kredit anda sudah terlalu tinggi setiap bulan bank akan beranggapan anda adalah pemohon yang berisiko. Untuk pinjaman atau kad kredit diluluskan anda perlu mempunyai komitmen tidak lebih daripada 60% dari jumlah pendapatan bersih setiap bulan.

 

Statement akaun simpanan yang meragukan

Bank akan melihat statement akaun anda untuk menilai samada anda mampu membuat bayaran balik kepada bank. Jika statement anda meragukan contohnya pada pertengahan bulan akaun anda menjadi kosong dan tiada pendapatan lain yang masuk. Anda juga akan dianggap sebagai pemohon yang berisiko .

 

Bankrap/Muflis

Pemohon yang muflis tidak akan diterima oleh pihak bank. Anda perlu memastikan anda bebas dari status muflis sebelum membuat permohonan kepada bank. Anda boleh rujuk kepada organisasi seperti AKPK untuk menyelesaikan masalah muflis.

 

Kesimpulan

Kesimpulannya untuk mendapat kelulusan bank untuk pinjaman dan kad kredit anda perlu memastikan anda merupakan seorang pemohon yang tidak mempunyai masalah seperti diatas. Bank seperti perniagaan lain mereka inginkan keuntungan, Perkara diatas adalah satu bentuk pengurusan risiko untuk melindungi pinjaman yang diberikan.

5 sebab utama kenapa bank menolak/reject pinjam/loan anda

Leave a Reply

%d bloggers like this: