5 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta second hand

 http://wassap.my/0165426515

Sebagaimana kita maklum tidak semua orang mampu untuk membeli kereta baru. Andai kata jika mampu pun bukan semua orang ingin menghabis ratusan ribu ringgit untuk sebuah kereta baru. Adalah lebih praktikal jika kita dapat membeli kereta yang masih elok kondisinya pada harga yang rendah.

Berikut adalah 5 faktor penting yang anda perlu ambil kira sebelum membeli kereta second hand

 

Research kenderaan dan keperluan

Di Malaysia terdapat banyak laman web yang menawarkan kereta second hand pada harga mampu milik. Sebelum membuat keputusan anda perlu pastikan keperluan anda dan jenis kenderaan yang bagaimanakah adalah praktikal untuk keluar anda. Jika anda
seorang bujang mungkin anda hanya memerlu kenderaan compact seperti VIVA atau Myvi. Jika keluar anda besar mungkin anda  memerlukan SUV seperti ALZA atau Exora.Bandingkan harga antara laman web dan kedai kereta second hand. Pastikan anda mendapat harga yang terbaik untuk kenderaan yang masih cantik kondisinya.

 

Upah mekanik yang boleh dipercayai untuk memeriksa kenderaan yang hendak dibeli

Faktor ini sangat penting untuk mengelakkkan anda daripada membeli kereta yang penuh masalah. Kos untuk maintain kenderaan yang bermasalah adalah sangat tinggi mungkin lebih tinggi daripada harga kereta yang dibeli.Mekanik juga boleh memeriksa
kenderaan dengan teliti untuk mengelakkan daripada membeli kereta potong. Anda perlu berhati hati dengan kenderaan yang berkarat, kemik dan penuh dengan calar. Minta mekanik memeriksa engine dan electronic dan sebagainya. Biar teliti daripada menyesal dikemudian hari.

 

Test drive

Anda dan mekanik anda mesti untuk test drive kenderaan yang hendak dibeli. Mekanik lebih mengetahui tentang kondisi kenderaan dengan memandu kenderaan terbabit.Cuba kesemuanya lampu signal , brakes ,clutches, electronics,aircond, adjust tempat duduk dan steering dan pasti semua perkara yang anda boleh lihat dengan matar kasar berfungsi dengan baik.Mekanik selalunya boleh mengagak masalah daripada melakukan test drive. Minta pendapat mekanik samada kenderaan tersebut berbaloi untuk dibeli berdasarkan harga dan keadaannya.

 

Nilai masa hadapan

Pastikan anda memilih kenderaan yang tidak mempunyai kadar susut nilai yang tinggi. Jika anda membeli kenderaan anda pada harga RM 30,000 , anda tidak mahu kenderaan anda bernilai RM 5000 dalam masa 3 tahun.Anda akan berhadapan dengan
masalah untuk menjual kenderaan terbabit apabila anda hendak membeli kenderaan yang lain.
Dokumentasi

Elakkan daripada ditipu , Periksa dengan teliti setiap dokumen.

1. B7 – Jika anda membeli kenderaan menggunakan pinjaman bank , Borang B7 ( higher purchase inspection) akan diminta oleh pihak bank. Borang ini diberi oleh PUSPAKOM selepas pemeriksaan 18 checkpoints termasuk pemeriksaan fizikal dan identiti.

2 .B5 – Ini merupakan dokumen Transfer of Ownership yang diberi oleh PUSPAKOM
Diharap tips diatas dapat membantu anda dalam proses pembeli kenderaan second hand.

 

5 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta second hand

Leave a Reply

%d bloggers like this: