5 perkara yang anda perlu tahu untuk memilih medical card Takaful yang terbaik

Bagaimana untuk memilih Medical Card Takaful yang baik

Medical card adalah sangat penting dalam melindungan anda dan keluarga anda dalam mendapatkan rawatan kesihatan yang terbaik.Jika anda dan keluarga anda sudah ada perlindungan medical card , itu sangat bagus untuk anda. Akan tetapi
anda harus tahu adakah perlindungan tersebut cukup jika anda memerlukan rawatan yang major seperti pembedahan atau rawatan sakit krtikal.

Berikut adalah beberapa soalan yang anda perlu fikirkan

 

Harga rawatan

Tahukah anda rawatan untuk sakit kritikal dan pembedahan adalah sangat tinggi.Rawatan minor untuk sakit seperti demam denggi juga memerlu perbelanjaan yang besar Mengikut lapuran ,
anggaran rawatan untuk demam denggi adalam dalam linkungan RM 6000.00. Kos mungkin akan lebih meningkat jika pesakit memerlukan tinggal dihospital dalam jangka masa yang lebih lama
atau dimasukkan kedalam ICU.

Itu baru demam denggi , terdapat banyak lagi penyakit yang memerlukan kos yang tinggi lebih lebih lagi sakit krtikal seperti sakit jantung dan cancer.

Berikut adalah anggaran kos sakit kritikal

 

Penyakit
Estimated Cost of Treatment
Jantung
(Coronary angioplasty)
RM25,480 – RM33,090
Sakit Buah Pinggang
(Haemodialysis)
RM90 – RM200 per session
Kanser buah dada
Up to RM65,000 per year

Room and Board

Salah satu faktor penting dalam memilih medical card adalah Room and Board.Hospital room and board bermaksud harga bilik yang anda boleh pilih untuk satu hari.Selalunya Room and Board
minimum berharga RM 150 dan maksum RM 300 untuk satu hari.

Sebagai contoh pada tahun 2014 saya terpaksa dimasukkan ke hospital akibat denggi. Room and Board saya adalah RM 150.00 sehari tapi terpaksa berkongsi bilik. saya ingin berehat jadi saya memilih untuk upgrade bilik single kepada RM 200.00 sehari.
Saya tinggal selama 5 hari dan saya hanya tambah RM 50.00 sehari untuk 5 hari. Jadi saya perlu tambah RM 250.00 sahaja untuk 5 hari.

Anda perlu pastikan yang medical card anda boleh diupgrade ke mana mana bilik tanpa masalah. Ada sesetengah medical card apabila anda upgrade ke bilik yang bukan mengikut plan anda, anda terpaksa membayar keseluruhan kos bilik.

Memandang kadangkala bilik hospital tidak selalunya ada , mungkin pada waktu tersebut bilik yang mengikut plan anda telah penuh dan hospital akan bertanya mungkin anda ingin masuk ke bilik yang lebih mahal.Jika didalam keadaan kecemasan anda mungkin terperangkap jika medical card anda mempunyai clause yang tidak membenar bilik diupgrade.

 

Had Tahunan

Had tahunan merupankan faktor paling penting dalam medical card. Had tahunan yang besar diperlukan sebab kos hospital untuk kes yang kronik adalah sangat tinggi.
Adalah sangat tidak berguna jika anda mempunyai had seumur hidup yang tiada limit tetapi had tahunan yang rendah.

Maksud had tahunan adalah berapakah yang syarikat insuran/takaful akan bayar dalam masa setahun. Jika had tahunan anda adalah RM 100,000.00, syarikat insuran/takaful
hanya akan membayar RM 100,00.00 sahaja setahun, selebih perlu dikeluarkan daripada poket sendiri.

Bayangkan seorang pesaikit kritikal yang memerlukan pembedahan jantung. Kos pembedahan jantung dan rawatan dihospital katakanlah berjumpa RM 180,000.00. Pesakit tersebut
mempunyai medical card yang mempunyai limit sebanyak RM 100,000.00 sahaja. Ini bermaksud beliau terpaksa mengeluarkan RM 80,000.00 daripada poket sendiri untuk rawatan.

Mungkin beliau terpaksa mengeluarkan simpanan , membuat pinjaman bank ataupun mengeluarkan duit KWSP untuk menanggung lebihan kos untuk rawatan.

 

Had seumur

Had seumur hidup juga penting untuk melindungi anda daripada rawatan yang berpanjangan. Sebagai contohnya kos rawatan kanser mungkin sebanyak RM 100,000.00 setahun. Jika pesakit hanya mempunyai had semur hidup hanya sebanyak 300,000.00 mungkin beliau hanya dapat menggunakan medical card selama 3 tahun. Selepas itu medical card akan terbatal dan tiada lagi perlindungan insuran/takaful untuk membayar rawatan.

 

Co-Payment

Apabila anda mengambil medical card pastikan yang medical card anda adalah cashless. Co-Payment bermaksud yang anda perlu berkongsi kos rawatan dengan syarikat insuran/takaful.

Sebagai contoh

Jika co-payment adalah 10% dan maksimum RM 3,000.00.

Jika kos rawatan anda adalah RM 40,000.00. 10% daripada rawatan adalah RM 4,000.00, kos co-payment maksimum adalah RM 3,000.00. Jadi anda perlu membayar hanya RM 3,000.00 dan bukan RM 4,000.00. Cuba bayangkan anda tiada tunai ditangan atau dibank , tiba tiba selepas discharge anda diminta membayar RM4,000.00 secara tiba tiba. Dimana anda ingin mengambil wang sebanyak itu membayar kos rawatan.
Adalah sebaiknya anda minta agent anda menerangkan segala butiran berkenaan polisi anda. Catat apa yang diberitahu oleh agent dan kemudian bandingkan apa yang tertulis dipolisi. Biar teliti sekarang jangan menyesai dikemudian hari.

5 perkara yang anda perlu tahu untuk memilih medical card Takaful yang terbaik

Leave a Reply

%d bloggers like this: