5 Perkara penting yang anda perlu tahun sebelum membeli perlindungan Takaful/Insuran rumah anda ( House owner/ House Holder).

 

Houseowner / Householder

Tahniah anda baru saja beli rumah impian anda. Anda sudah tidak sabar memulakan hidup baru dirumah yang baru. Akan tetapi sebelum anda memikirkan tentang perabut atau renovasi rumah baru anda , ingat anda perlu dapatkan perlindungan takaful untuk melindungi rumah baru anda.

Ini adalah perkara yang anda tahu sebelum membeli perlindungan takaful untuk rumah anda.

1. Baca dan paham tentang perlindungan yang diberi sebelum membuat keputusan

Kebanyakan pembeli tidak meneliti produk takaful/insuran rumah tentang apa yang dilindungi sebelum membuat pembelian. Kebanyakannya hanya menyerahkan bulat bulat tentang urusan
takaful/insuran kepada pihak bank. Adalah sangat penting untuk memahami apa yang boleh anda buat tuntutan dan apa yang tidak dan juga amaun yang boleh dituntut daripada syarikat insuran/takaful.

Inilah sebabnya untuk mendapatkan penerangan yang jelas daripada ejen yang berpengalaman terutamanya didalam bidang insuran/takaful untuk hartanah.Diperingkat ini anda boleh membuat anggaran tentang perlindungan berdasarkan keperluan, samada anda perlu nilai perlindungan yang lebih tinggi, perlindungan tambahan ataupun membuang perlindungan yang anda rasa tidak diperlukan.

2. Beli dari sumber yang betul

Perlindungan takaful/insuran untuk rumah adalah wajib apabila anda membuat pembelian rumah.  Akan tetapi kebanyakan pembeli hanya menyerahkan urusan insuran/takaful kepada pihak bank untuk dimasukkan sekali dalam nilai loan.

Mungkin ia nampak satu cara yang mudah dengan membuat pembelian insuran/takaful kepada pihak bank. Akan tetapi adalah lebih baik jika anda memberi insuran/takaful daripada syarikat insuran/takaful ataupun wakil syarikat insuran dan takaful kerana mereka dapat menerangkan dengan terperinci tentang polisi perlindungan takaful/insuran untuk rumah anda.

3. Dapatkat nilai rumah yang betul

Sentiasa dapatkan kos untuk membina rumah termasuk isi rumah dengan tepat.Ini untuk memastikan anda mempunyai nilai yang mencukup untuk menampung kesemua kos apabila berlaku perkara yang tidak diingini.

4. Hanya dapatkan perlindungan yang diperlukan

Sudah semestinya jika anda baru membeli rumah anda inginkan perlindungan terbaik daripada pasaran.Akan tetapi anda harus ingat lebih komprehensif perlindungan lebih
tinggi sumbangan atau premium yang akan dikenakan.Sebagai contoh jika rumah anda dikawasan bukit adalah tidak perlu untuk mengambil perlindungan untuk banjir.

5. Melabur untuk alatan keselamatan

Jika rumah anda dilengkapi dengan alatan keselamatan yang lengkap seperti pemadam kebakaran , alarm kebakaran dan CCTV . perkara seperti ini
dapat mengurangkan harga premium/sumbangan perlindungan takaful/insuran anda.

5 Perkara penting yang anda perlu tahun sebelum membeli perlindungan Takaful/Insuran rumah anda ( House owner/ House Holder).

Leave a Reply

%d bloggers like this: