5 perkara penting untuk mengurangkan premium insuran kereta anda

car-insurance

Pindah NCD ( No Claim Discount) dari kenderaan lama anda

Jika anda menjual kenderaan anda sebelum ini pastikan anda membuat pemindahan NCD ke kenderaan baru. Perkara ini sangat penting kerana perbezaan premium untuk 55% NCD dan 0% NCD adalah sangat besar.

 

Nilai Kenderaan ( Market Value)

Pastikan nilai kenderaan anda betul.Jangan lindungi kenderaan anda pada nilai yang lebih tinggi (over insured). Membuat perlindungan pada  nilai yang lebih tinggi daripada market value kenderaaan anda adalah sangat merugikan. Premium akan menjadi tinggi tetapi syarikat insuran/Takaful tetap melindungi kenderaan anda pada nilai market value. Pastikan anda melindungan kenderaan anda pada nilai market value yang dipersetujui oleh syarikat insuran/Takaful. Anda boleh memperolehi nilai market kenderaaan anda di http://www.mycarinfo.com.my. Anda juga boleh menghubungi agent anda untuk membuat pemeriksaaan market value untuk anda.

 

Tuntutan ( Claim)

Jangan buat tuntutan kepada syarikat Insuran/Takaful jika kenderaan anda mengalami kerosakan yang kecil. Setiap tuntutan yang dibuat kepada syarikan Insuran/Takaful akan mengakibatkan NCD ( no claim discount) anda menjadi kosong kembali. Anda akan menanggung premium yang tinggi apabila membuat pembaharuan insuran anda. Jika kerosakan adalah kecil dan tidak memerlukan kos yang tinggi adalah lebih baik anda membayar kos kerosakan daripada kehilangan NCD anda.

 

Perlindungan Tambahan

Pastikan anda mengambil perlindungan tambahan yang anda perlukan sahaja. Contohnya Jika anda tinggal dikawasan tinggi atau diatas bukit mungkin anda tidak perlu mengambil perlindungan flood.jika nilai windscreen anda adalah RM 800 anda tidak perlu melindugi windscreen anda pada nilai yang lebih tinggi. Anda boleh merujuk kepada kedai windscreen untuk mengetahui nilai windscreen anda.

 

Need free quotation for Takaful and Roadtax  fast , WhatsApps us now

Click on the link below to WhatsApp ( Quotation only)

http://wassap.my/0103776996

5 perkara penting untuk mengurangkan premium insuran kereta anda

Leave a Reply

%d bloggers like this: