5 jenis takaful perniagaan yang wajib ada untuk perniagaan SME

Fire / Kebakaran

Takaful kebakaran memberi perlindungan kepada kehilangan harta benda seperti banggunan , kandungan banggunan , perabut , kilang , mesin dan juga stok.Takaful kebakaran asas melindungi kerugian kerana kebakaran yang diakibatkan oleh api, kilat dan juga letupan daripada gas silinder domestik selagi tidak melibatkan kerja penyelenggaraan gas.Sijil takaful juga boleh dipanjangkan kepada special perils yang dibenarkan.

Anda juga boleh memanjangkan perlindungan loss of rent, architects, surveyor’s and engineer’s fees dan juga removal of debris tanpa sebarang kos tambahan.

Anda juga menambah perils tambahan seperti dibawah dengan kos yang minima.

1. flood
2. Bursting or overflowing thanks
3. Impact damage
4. Malicious damage
5. Riot and Strike

Burglary

Perlindungan burglary memberi perlindungan diakibatkan oleh kerugian dan kehilangan yang diakibatkan oleh kecurian atau yang berlaku didalam premis yang dilindungi.Disamping itu perlindungan takaful burglary juga melindungi kerosakan akibat daripada pecah masuk dan keluar kedalam premis ketika peristiwa kecurian.Bagaimanapun pemilik perniagaan harus mengambil perlindungan kebakaran sebelum mengambil perlindungan untuk burglary.

Money

Perlindungan ini sesuai jika perniagaan anda melibat wang tunai yang banyak setiap hari. Skim takaful ini  memberi perlindungan kepada kehilangan wang tunai ketika
transit ataupun yang disimpan didalam premis. Money bermaksud wang tunai, bank notes,cheque, money orders, postal orders, bill of exchange dan unused stamps.

Public Liability

Sijil takaful ini dibuat untuk memberi pelindungan kepada pemilik perniagaan daripada tindakan saman ( legal liabilities ) yang melibatkan kecederaan tubuh badan dan kerosakan harta
benda orang ramai yang diakibatkan kecuaian ataupun kecuaian pekerja pemilik perniagaan. Liability yang dimaksudkan termaksuk legal charges dan expenses.

Fidelity Guarantee

Plan ini melindungi perniagaan daripada kejadiah pecah amanah yang dilakukan oleh pekerja.

 

 

5 jenis takaful perniagaan yang wajib ada untuk perniagaan SME

Leave a Reply

%d bloggers like this: