4 plaform termudah untuk buat duit di Malaysia

Pendapatan anda mungkin tidak mencukupi memandang kos hidup yang semakin meningkat lebih lebih lagi jika anda tinggal di sekitar ibu negaraRamai yang memulakan perniagaan kecil kecilan untnuk mendapatkan pendapatan tambahan seperti menjual burger pada waktu malam. .

Kepenatan bekerja pada siang hari mungkin akan menghadkan pilihan anda untuk memulakan perniagaan yang boleh dibuat diluar waktu bekerja. Berikut adalah 4 cara mudah dan tidak memerlukan tenaga dan masa yang banyak untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

 

Mudah.my

Anda boleh menjual barangan seperti barang kesihatan, baju tudung dan sebagainya di mudah.my. mudah menawarkan platform online dimana 12 juta pembeli yang sedia membeli barangan yang anda tawarkan melawat mudah setiap bulan. Anda hanya perlu fikirka apa yang hendak dijual, ambil gambar dah post di mudah.my. Mengikut dari pengalaman saya memang amat mudah untuk membuat jualan dimudah kerana orang yang melawat mudah.my memang mempunyai niat untuk membeli belah. Contoh jika anda buka kedai anda di Tesco adalah lebih mudah untuk membuat jualan berbanding membuka kedai ditempat lain. Orang pergi ke Tesco kerana ingin maembeli belah dan anda hanya perlu meletak barang anda disitu untuk jualan.

 

Lazada.com.my

Lazada.com.my merupakan platform pesaing kepada mudah.my. Dengan anggaran pelawat melebihi 14 juta orang sebulan. Adalah mudah untuk membuat jualan disini.Akan tetapi proses untuk mendaftar sebagai penjual adalah lebih rumit  berbanding mudah.my.Di Lazada anda perlu mendaftar syarikat dan akaun perniagaan syarikat sebelum memulakan perniagaan. Lazada akan mengambil peratusan komisen daripada setiap jualan yang dilakukan. Kelebihan membuka perniagaan di Lazada adalah sokongan dari segi servis selepas jualan dilakukan oleh Pihak Lazada. Anda hanya perlu risau untuk menghantar pesanan melalui syarikat penghantaran yang diatur oleh pihak Lazada.

 

Etsy.com

jika anda mempunyai bakat seperti kraftangan dan sebagainya. Anda boleh memuatnaik produk anda di etsy.com. Etsy hanya menerima barangan yang dibuat oleh tangan anda sendiri. Terdapat berjuta pelawat yang melawat etsy setiap bulan yang ingin mencari barangan handmade yang berkualiti. yang menariknya etsy adalah platform luar negara dimana transaksi akan dilakukan didalam US dollar. Memandangka nilai ringgit yang kecil buat masa sekarang ,ini mungkin peluang anda untuk membuat duit yang serius disini.

 

Youtube

Youtube merupakan platform popular untuk memuatnaik video. Disini terdapat berbilion pelawat yang datang untuk membuang masa menonton video yang diupload disini. Tahukah anda boleh memperolehi pendapatan lumayan dengan membuat channel video di youtube. Terdapat youtuber diluar negara yang membuat jutaan ringgit setiap bulan dengan hanya memuatnaik video mereka ke youtube. Advertiser sanggup membayar ribuan ringgit untuk view yang tinggi daripada video yang dimuat naik. Jika anda mempunyai idea atau bakat untuk membuat video yang menarik mungkin youtube dapat mengubah hidup anda sepenuhnya

4 plaform termudah untuk buat duit di Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: