4 langkah berjimat cermat ketika bulan puasa

DSC06614

Bulan puasa adalah bulan untuk beribadah kepada umat islam akan tetapi suasananya mengakibatkan kita berbelanja lebih daripada bulan bulan biasa. Selalunya pada bulan puasa bazar bazar ramadhan akan muncul dimerata rata. Perut lapar bila balik kerja singgah bazar kalau tak tahan nasfu 20 ringgit minimum pasti melayang. Kalau pergi ke pusat membeli belah akan kedengaran lagu raya berkumandang untuk memberi mood anda berbelanja. sales sini sana dari kuih raya , baju raya sampai ke kereta raya. Bagaimana untuk menidakkan semua ini dan berjimat cermat supaya duit anda tidak melayang.

 

Elakkan ke bazar ramadhan 

Cuba kurangkan ke bazar ramadhan . Mungkin dalam seminggu pergi hanya dua kali dan cuba hadkan perbelanjaan kepada RM 20 untuk satu family . Kalau anda bujang jangan beli makanan sehingga RM 20 untuk anda seorang kerana ditakuti sebahagian besar berakhir di tong sampah.

 

Masak dirumah 

Jika anda sudah berkeluarga , Cuba banyakkan masak dirumah. Jika anda baru berkahwin ini peluang anda untuk cuba resepi yang ada kutip dari facebook sepanjang tahun untuk suami anda cuba . Jika anda bujang masak nasi , sardin dan telur pun sudah mencukupi daripada berbelanja bukan bukan dibazar ramadhan.

 

Jangan keluar office pada waktu lunch

Memandangkan bulan puasa anda tidak boleh makan dan minum selalunya pada waktu lunch anda akan window shopping. Window shopping selalunya akan berakhir dengan real shopping. Shopping mall akan memainkan lagu raya , gantung ketupat  dan tawaran sales melampau untuk menaikkan semangat anda berbelanja. penyelesaiannya duduk di office layan youtube ceramah agama pasti selamat duit anda.

 

Bajet Shopping raya

Apabila hampir dengan hari raya , maka para para isteri akan mengheret para para suami dan anak anak untuk shopping raya. Para suami pastikan anda letak bajet yang tetap dan tegas . Walaubagaimana hebat dipujuk isteri dan anak anak pastikan perbelanjaan didalam lingkungan bajet anda. Jangan beli barang yang anda tidak perlu contoh seperti sofa, langsir , cadar, baju raya berpasang pasang , kereta raya dan sebagainya. Sebab utama manusia membeli barang barang ini adalah untuk menunjuk dihari raya yang mereka mampu beli semua ini walaupun terpaksa hutang. Tuan tuan dan puan puan tak perlu beli barang yang anda tidak perlu untuk impress orang yang anda belum tentu kenal dan suka. Mereka datang kerumah anda beraya setahun sekali yang nak menanggung beban hutang adalah anda. Jangan jadi bodoh mari jadi bijak.

4 langkah berjimat cermat ketika bulan puasa

Leave a Reply

%d bloggers like this: