4 faktor yang bank ambil kira sebelum meluluskan loan/pinjaman anda

Renew Car Insurance Motor Takaful Online MYEG     

  Click on the “Instant Quotes Button” to calculate your premium with next available NCD

Step by step guide how to renew motor takaful online

 

Apabila kita mohon pinjaman/loan bank akan periksa dulu atas bawah samada anda ni pemohon berisiko tinggi atau rendah. Kalau gaji banyak
membukit belum tentu loan/pinjaman anda akan lulus.

Jadi apakah faktor faktor yang membuatkan bank fikir anda adalah seorang yang boleh dipercayai untuk membayar balik pinjaman.

 

Sejarah pembayaran hutang

Perkara pertama adalah periksa dengan ccris dan CTOS. Kalau nama blacklist maksudnya harapan untuk lulus loan/pinjaman adalah 100% gagal. Akan tetapi jika nama anda tidak ada dalam senarai blacklist , bank tetap akan periksa sama anda asik kantoi bayar ansuran bulanan kepada bank untuk hutang yang sedia ada. Kalau asik kantoi buat payment anda akan dianggap tak cukup duit nak buat hutang baru jadi loan/pinjaman anda akan gagal juga. Tapi kalau hutang sedia ada pun letih nak membayar gila apa nak buat loan/pinjaman baru ye tak?

 

Berapa banyak dah anda hutang?

Jika hutang anda dah membukit , tiap tiap bulan tengah bulan nak makan pun miss lebih elok jangan buat hutang baru. Bank akan periksa jika hutang anda melebihi 60% daripada duit gaji bebulan bank akan reject loan/pinjaman anda. Mungkin bini anda patut ketuk kepala anda bagi sedar diri yang duit gaji elok le buat beli pampers dan makan daripada nak bayar hutang pada bank.

 

Sejarah berhutang dengan bank

Jika anda seorang yang rajin berhutang dan juga membayar hutang dalam jangka masa yang lama. Kemungkinan besar bank akan sayang anda seperti anak emas. Jadi pinjaman anda akan dengan lajunya diluluskan. Tips untuk senang lulus loan/pinjaman , buat hutang tapi maintain bayar dengan cemerlang setiap bulan.

 

Jenis jenis hutang yang anda buat

Hutang yang berbagai jenis juga membuatkan anda seperti superstar dimata bank. Sebagai contoh anda bukan sahaja ada hutang kredit kad tetapi juga ada bermacam hutang lain seperti kereta , rumah , personal loan courth mammoth dan sebagainya.Jadi jika anda berkemampuan bolehlah hutang sana sini jangan bini sana sini sudah le kerana boleh membawa kecederaan maut.

 

 

Need free quotation for Takaful and Roadtax  fast

whatsapp us now

click on the link below to whatsapp

   https://api.whatsapp.com/send?phone=60169888472

4 faktor yang bank ambil kira sebelum meluluskan loan/pinjaman anda
Tagged on:             

Leave a Reply

%d bloggers like this: