4 Cara terbaik menyimpan untuk tabung pendidikan anak anda

College-savings-jar-and-books

Apabila kita mempunyai anak anda harus mempunyai perancangan untuk kos pendidikan peringkat tinggi seperti kolej dan universiti. Kos pendidikan di kolej dan universiti adalah sangat tinggi sehingga boleh mencecah ratus ribuan ringgit untuk peringkat ijazah. Bagaimana untuk kita merancang bagi membolehkan duit untuk pendidikan anak kita sudah tersedia apabila anak kita tamat pendidikan peringkat menengah SPM? 4 cara mudah untuk menyimpan untuk pendidikan anak anda adalah seperti berikut

Simpan di ASB – Ini merupakan cara paling mudah kerana duit yang disimpan akan dibayar dividen pada kadar agak tetap lebih kurang 7-8% ini akan memberikan pulangan yang tinggi kepada tabungan yang disimpan.

Pinjaman ASB – Anda juga boleh membuat loan ASB untuk 20 tahun. Jika anda buat loan sebanyak 100k pada kadar interest 5.3% setahun selama 20 tahun. Nilai yang akan perolehi pada tahun ke 20 adalah  untuk anggaran dividen sebanyak 8% setahun adalah  RM 694,678.54. Pada anggaran kasar cukup menghantar bukan seorang anak tetapi 3 orang anak ke pusat pengajian tinggi ternama.

SSPN – Anda juga boleh membuka akaun di SSPN untuk tabung pendidikan anak anda. Kelebihan menyimpan di SSPN anda akan dapat pengecualian cukai sebanyak RM 3000.00 setahun untuk simpanan di SSPN. Walaupun kadar pulangan dividen agak kecil dalam anggaran 3-4% setahun tapi anda akan dapat faedah untuk pengecualian cukai.

Insurance/ Takaful – Anda boleh membeli plan endownment untuk membuat simpanan untuk pendidikan anak anda. Plan endownment hanya membenarkan anda membuat pengeluaran selepas tamat tempoh maturity. Jika plan tempoh maturity adalah 10 tahun anda hanya boleh membuat pengeluaran selepas 10 tahun. Jumlah simpanan setiap bulan adalah tetap. Kelebihan endownment plan anda akan dilindungi dengan perlindungan insuran atau takaful. Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal , premium bulanan tidak perlu dibayar dan anak anda masih boleh menikmati tabung pendidikan itu selepas tarikh maturity tamat. Anda juga boleh membuat simpanan melalui plan investment link yang boleh digabungkan dengan medical card .

Jika anda baru menerima kelahiran bayi baru ini adalah saat yang terbaik untuk memulakan simpanan pendidikan untuk anak anda. Lebih awal anda bermula lebih tinggi simpanan yang dapat dibuat untuk pendidikan anak anda.

4 Cara terbaik menyimpan untuk tabung pendidikan anak anda

Leave a Reply

%d bloggers like this: