Memandangkan kita sudah mula berpuasa mungkin ramai diluar sana yang sedang berkira kira nak balik kampung dengan kereta baru. Maklumlah orang kampung mesti terbeliak mata tengok anak jati kampung bawa balik kereta jepun raya ini. Gadis paling hot dikampung pun akan buka mata dan mungkin cair tengok kereta baru. Tapi itu semua tak penting yang paling penting anda buat 3 perkara ini apabila membeli kereta baru.
Transfer NCD dari kereta lama ke kereta baru
Memandangkan kereta baru akan menyebabkan anda makan maggi bila nak renew insuran dan roadtax adalah lebih baik anda transfer NCD kereta lama anda yang mungkin sudah 55% ke kereta baru anda. Berjimat cermat amalan mulia memandangkan gaji pun cukup cukup je.Semua anda boleh suruh salesman anda uruskan memandangkan syarikat kereta yang buatkan insuran untuk kereta baru.
Tanya ada Rebate / Cash back tak
Anda buat loan berpuluh ribu kadang kadang syarikat kereta nak ucapkan terima kasih mungkin dia akan bagi pulangan dalam bentu cash kepada anda. Rebate mungkin 1000 ,2000 atau lebih bergantung kepada jenis kenderaan yang anda beli. Takkan beli viva nak rebate 5000.00 ye tak ,boleh bankrap perodua macam tu.
Free gift
Ini sangat penting memandangkan anda berhutang berpuluh ribu untuk kereta baru setidak tidaknya minta sedikit buat tangan daripada salesman. Perkara yang selalu diminta adalah
- Minyak full tank
- Free tinted
- Goodie bag
Jangan minta bukan bukan kuih raya le , nombor telepon awek receptionist la . Kalau kena lempang sapa nak jawab.
Ingat nak balik kampung bergaya atau nak berlagak dengan kawan kawan itu boleh. Tapi jangan lupa buat 3 perkara diatas supaya cerah masa depan.
Renew Takaful and Roadtax Online
15% cashback @ no claim rebate on Takaful