13 perkara asas servis kereta yang pemilik kereta wajib tahu

Apabila waktu servis kita sering dikejutkan dengan charge yang melampau oleh bengkel servis kereta. Kebiasaannya kita akan diberitahu tentang part yang perlu ditukar dan harganya mencecah ratusan dan ribuan ringgit mengikut model kenderaan. Jika anda mempunyai sedikit asas tentang penyelenggaraan  kereta mungkin anda boleh mengelakkan daripada perkara ini terjadi

 

Perkara yang anda perlu tahu tentang asas servis kereta

 

Minyak hitam

Minyak hitam bergantung kepada jenis sintetik atau bukan sintentik. Untuk minyak hitam jenis sintentik anda perlu menukar minyak hitam setiap 7500km sehingga 1000km . Manakalah untuk minyak hitam jenis bukan sintetik minyak hitam perlu ditukar setiap 5000km atau kenderaan digunakan mencecah 3 bulan.

 

Filter

Kebiasaan setiap kali servis kita akan tukar oil filter. jadi kadar penukaran oil filter
adalah sama seperti menukar minya hitam.

 

Spark plug

Spark plug hanya perlu ditukar setelah perjalanan mencecah 20000km jika mengikut buku pusat servis.akan tetapi ia boleh dipanjangkan 30000km hingga 40000km.Akan tetapi jika melebihi 40000km electrode akan menipis dan anda disarankan untuk menukar sparkplug yang baru.Harga untuk 4 biji sparkplug didalam linkungan RM 20.00 ke RM 25.00.

 

Bateri

Bateri kereta boleh ditukar selepas 18 bulan ke 2 tahunt  bergantung kepada cara penggunaan.  Jika anda selalu membuat penukaran air suling bateri boleh bertahan sehingga 2 tahun. Tapi jika anda tukar bateri baru dan pakai sehingga kering bateri mungkin hanya bertahan sehingga 6 bulan sahaja.

Jika anda jenis pemalas bateri kering mungkin pilihaan yang bijak. Anda tidak perlu membuat tambahan
air suling ia boleh bertahan sehingga 2 tahun.

Harga bateri adalah antara RM 180.00- RM 400.00 bergantung kepada brand dan kualiti.

 

Timing belt

Timing belt bergantung kepada jenis kenderaan. Contoh bagi Proton Saga dan Wira timing belt perlu ditukar setiap 60000km. Tetapi berbeza pula bagi model seperti WAJA dimana timing belt hanya perlu ditukar selepas 90000km. Malah ada model seperti Honda CRV timing belt hanya perlu ditukar selepas 180000km.

 

Clutch plate

Clutch plate sangat jarang perlu ditukar melainkan anda masalah ketika mengnakan clutch pedal.

 

Fuel Filter

Fuel filter boleh ditukar apabila kenderaan anda mencecah perjalanan sehingga 40000km.Harga sepatutnya dalam linkungan RM 15.00- RM 20.000.

 

Air Filter

Air filter perlu ditukar setiap 20000KM perjalanan.Akan tetapi jika anda sudah menggunakan air filter K&N type
anda tidak perlu membuat penukaran air filter . Anda boleh sekadar membersihkannya sahaja.

 

ATF ( Automatic Tranmission Fluid)

Minyak ini sangat penting bagi kenderaan auto. Anda boleh pertukaran setiap 20000km atau 30000km jika anda ingin berjimat.Jika anda tidak tukar ATF apabila kenderaan mencecah perjalanan lebih dari 30000km. Perkara ini boleh membawa kepada kerosakan Auto gearbox yang boleh membocorkan poket anda. Kalau anda rajin tukar ATF anda tidak perlu menukar tranmission flush.

 

Gear oil

Jika anda menggunakan model manual , Anda perlu tukar gear oil setiap 60000km.

 

Brake fluid/Power steering fluid

untu brake fluid dan power steering fluid disarankan flush dan gantikan yang baru setiap 60000km

 

Radiator coolent

Anda boleh menggunakan air biasa sebagai coolent akan tetapi anda disarankan
menggunakan coolent yang boleh dibeli diworkshop. Kelebihaannya coolent tidak
cepat mendidih dan enjin cepat panas.

 

Aircond belt/Alternator Belt

Kebiasaannya belt belt ini perlu ditukar paling lewat pada waktu yang sama dengan timing belt. jika anda ternampak pada bahagian belt terdapat crack crack kecil ini bermaksud belt belt ini perlu ditukar.

 

Kesimpulannya ikut jadual servis anda dan hantar kepada pusat servis panel. Kebiasaannya pusat servis panel mempunyai kontrak dengan pengeluar. Jadi adalah amat jarang untuk mereka cuba mengambil wang anda daripada khidmat servis. Diharap maklumat diatas dapat membantu anda paham selok belok tentang proses servis kereta secara berkala.

 

Need free quotation for Takaful and Roadtax  fast

whatsapp us now

click on the link below to whatsapp

   https://api.whatsapp.com/send?phone=60169888472

13 perkara asas servis kereta yang pemilik kereta wajib tahu

Leave a Reply

%d bloggers like this: